Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Untuk Awet Muda Dan Wajah Tenang Disayangi Ramai Orang

Doa Untuk Awet Muda Dan Wajah Tenang Disayangi Ramai Orang. Pernahkah anda mengalami situasi dimana orang menyangka usia anda muda 10 hingga 15 tahun dari umur yang sebenarnya? Kalau ya.. anda memang senasib dengan saya. Bila saya terus terang tentang usia sebenar saya, ada yang kata saya menipu, auta dan sebagainya. Yang nyata kita nak terus terang tapi dikata kita tipu. Hai nasiblah badan.

Saya tak kisah orang nak kata apa. Anak dah besar tapi kita masih awet muda.. ada yang tanya ni mesti kahwin muda. Haha..

Beberapa amalan yang saya selalu amalkan adalah berdasarkan bacaan doa dari al Quran. Jadi ia bukanlah jampi serapah macam sihir yang orang sering salah guna.

Doa Untuk Awet Muda Dan Wajah Tenang Disayangi Ramai Orang


Tak ada rahsia pun untuk awet muda dan berwajah sentiasa tenang. Wajah yang sentiasa menyejukkan orang yang memandang.

Apa yang orang lain praktikkan, saya pun buat. Pertama, rajinkan berzikir. Beristighfar. Itu amalan paling mudah dan gerenti mujarab. Istighfar boleh menenangkan hati sendiri dan secara automatik wajah akan naik berseri dan nampak tenang.

Kedua, amalkan doa Nabi Yusuf sepertimana diajarkan oleh Ustazah Fatimah Azzahrah..

Doa Untuk Awet Muda Dan Wajah Tenang Disayangi Ramai Orang

Doa Untuk Awet Muda Dan Wajah Tenang Disayangi Ramai Orang

Baca kedua-dua ayat dari surah Yusuff dan surah Tahaa, baca dipisahkan .. jangan bersambung kerana ia adalah 2 ayat yang berbeza.

Cara baca:

Dibaca 3 kali, tiup di telapak tangan dan sapu di muka.

Insyaa Allah.. wajah berseri-seri, awet muda dan sentiasa tenang. Menyejukkan hati orang yang memandangnya.

Ketiga, memaafkan dan redha dengan perbuatan orang terhadap kita. Biarlah Allah yang balaskan perbuatan mereka kepada kita. Lakukan terdaya kita saja, berdoa mohon diberikan kekuatan hati jiwa dan raga. Mohon dikuatkan iman. Itulah rahsia hati tenang, wajah tenang dan awet muda. Wajah nampak manis selalu.

Semoga perkongsian cara dan doa awet muda dan wajah tenang di atas memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita semua.

Dengan izin Allah jua..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close