Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan. Bila sebut ramadhan, tentulah yang sinonim dengan bulan mulia tersebut adalah solat terawih. Selain itu, juadah berbuka puasa dan bersahur. Inilah memori setahun sekali yang sukar nak terhakis dari ingatan kita. Bestnya menanti ramadan. Lagi best time duduk ramai-ramai nak berbuka. Ya Allah.. sampaikanlah kami kepada ramadan...

Sebagai persediaan menjelang ramadhan, saya akan kongsikan koleksi resepi di bulan ramadan yang sering dicari, mudah dimasak dan sedap. Yang penting kosnya murah bagi mengelakkan kita membazir di bulan ramadan yang mulia ni, kan..

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan


Apa agaknya resepi yang paling dicari dalam bulan ramadan? Mengikut tinjauan saya kat facebook dan instagram.. ramai yang mencari makanan lauk pauk pedas dan berbentuk sup di bulan ramadan. Jom tengok koleksi resepi sedap dimasak dan dimakan di bulan ramadan.

1. Resepi Udang Masak Sambal Dengan Petai


Udang masak petai memang dicari oleh ramai orang terutamanya ketika berbuka puasa. Lagi-lagi kalau makan dengan adik beradik sambil mengimbau memori ramadan. Best sangat. 

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan

BAHAN-BAHANNYA:

20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS:

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUAT SAMBAL UDANG PETAI


1) Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.

2) Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

2. Resepi Ayam Masak Merah


Ayam masak merah adalah juadah atau lauk berbuka yang mesti ada dalam tempoh sebulan berpuasa. Kalau nak makan banyak lauk pauk ni, kita orang akan masak sendiri. Kemudian ratah time lepas terawih.. memang rindu suasana macam tu.. huhu

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - di potong 16
10 tangkai lada kering - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
6 ulas bawang kecil - dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)
1/2 tin susu sejat
Sedikit gula
Sedikit garam
minyak untuk menumis
Serbuk perisa yang dibenarkan


Cara penyediaan ayam masak merah


1. Panaskan minyak. Goreng ayam yang telah disalut dengan garam, kunyit dan bawang putih hingga masak kekuningan. Toskan.

2. Panaskan minyak baru. Tumiskan 2 biji bunga lawang, kayu manis dan serai. Hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, sos tiram, sis cili dan sos tomato. Biarkan seketika hingga pecah minyak.

4. Masukkan asam keping tadi.

5. Biarkan mendidih, baru masukkan sedikit gula dan garam. Perisakan.

6. Masukkan ayam dan gaul rata.

7. Akhir sekali masukkan susu sejat untuk hidangan berkuah ayam masak merah yang berlemak dan lazat.

8. Siap untuk dihidangkan.

3. Resepi Ikan Kembung Goreng Berlada


Ikan kembung goreng biasa dah tak jalan tapi bila disiram dengan lada, laju pulak habisnya. Salah satu menu berbuka puasa yang amat mudah.

Kembung goreng berlada - sumber tiffin biru
Bahan-bahan:

3 - 4 ekor ikan kembong, siang dan cuci bersih*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 kiub ikan bilis,
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK HANCUR:

6 biji cili merah, kerat kecil
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA:


1. Goreng ikan tadi, tapi tak perlu sampai garing sangat, kasi isi dia masak dan lembap2 sikit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, gula dan garam secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga garing. 
3. Tambah jus limau kasturi dan masukkan ikan goreng. Gaul rata2 dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan....siap sudahh....

4. Resepi Tomyam Seafood Sedap


Tomyam seafood segar memang pembuka selera. Kalau dah boring dengan lauk berasaskan sambal, maka buatlah tomyam seafood, memang terangkat buka puasa anda.

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan
Gambar sumber Google


Bahan-bahan:

12 ekor udang sederhana besar
4 ekor sotong putih sederhana besar (potong ikut suka)
1 liter air (campuran stok udang dan air)
1 biji carrot
1/4 biji kobis
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dibelah 4)
5 biji cili api
2 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 inci lengkuas (diketuk/dihiris)
2 kiub Tomyam (aku pakai Knorr punye)
1 kiub ayam

Bahan Perasa:

2 sudu besar sos ikan/sos Thai Nampla
1 camca teh garam
1 sudu gula
1 biji limau nipis (diperah airnya)

Cara-cara menyediakan tomyam seafood:


1. Memula udang dibersihkan dan kepala & kulitnye direbus untuk dijadikan stok.
2. Didihkan air bercampur dengan stok udang tadi di dapur, dan larutkan kiub ayam.
3. Masukkan udang dan sotong, kacau sekejap, dan masukkan kiub tomyam pulak.
4. Bila dah larut kiub tomyam tu, masukkan carrot, kobis, cili api, bawang. serai, daun limau purut dan lengkuas. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Masukkan bahan perasa. Sukatan yang diberi should be enough for 1 liter of kuah Tomyam tapi ikut suka korang la kalau nak tambah kemasaman, kemanisan, or kemasinannye ye.
6. Tunggu sehingga mendidih dan hidangkan.

5. Resepi Sup Ayam Ringkas


Sup ayam ringkas bagus dimasak waktu bersahur. Kalau anak-anak dah tak jalan dengan lauk yang ada, masakkan sup ayam jawabnya..

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan



Bahan-bahan:

5-6 ketul ayam
1 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia
1 sup bunjut
1 biji carrot
2 biji tomato
2 biji kentang
Air
Garam
Daun sup

Cara masak sup ayam ringkas:


1) Masuk kan je semua tu dalam periuk kecuali totamo dan daun sup. Kemudian, tutup periuk, buat api perlahan.

2) Biarkan hingga mendidih.

3) Nanti dah mendidih boleh lah kite masukkan tomato. Akhir sekali masukkan daun sup.

*** Tak payah tumis bahan bahan seperti bawang dan sebagainya, campak je dalam sup tersebut, insyaa Allah rasanya pun masih sedap.

6. Resepi Daging Masak Kari Yang Simple


Daging masak kari juga jadi juadah yang dicari semasa berbuka. Makan dengan lempeng atau roti jala pun sedap. 

Koleksi Resepi Ringkas Dan Sedap Di Bulan Ramadan


Bahan-bahannya:


• 500gm daging – biasanya saya beli daging batang pinang, 500gm cukup untuk kami berlima makan.
• 2 – 3 biji kentang – suka hati nak potong berapa, nak nampak banyak, potong kecil-kecil
• 1 biji kelapa atau 1 kotak santan segera – yang ni pun terpulang samada nak buat pekat atau kurang pekat.
• 1 peket rempah kari daging – boleh diubahsuai juga dan terpulang nak guna jenama apa
• Cili kisar – kalau nak pedas letak 2 – 3 sudu (tak nak letak pun tak mengapa)
• Halia – 1 inci – dihiris halus
• 3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
• 2 ulas bawang putih – dihiris halus
• 1 batang kayu manis
• 1 biji cengkih
• 2 biji bunga lawang
• Garam secukup rasa
• Sedikit air
• Daun kari beberapa helai

Cara-cara Memasak Kari Daging Yang Mudah dan Sedap


1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan. Rebus daging tersebut sehingga empuk, kalau ada pressure cooker lagi bagus, sangat menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang ya.

2. Panaskan minyak untuk menumis kayu manis, bunga lawang. cengkih, biarkan seketika masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.

3. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, kemudian masukkan dalam tumisan tadi bersama cili kisar jika mahu untuk rasa sedikit pedas. Masukkan daun kari dan udang kering jika mahu kacau sehingga terbit minyak dan berbau wangi, perghh masa ni satu rumah bau kari menusuk-nusuk hidung sedapnya.

4. Masukkan santan dan juga daging. Kacau dahulu bersama-sama tumisan tadi dan masukkan lebihan air rebusan daging (ikut selera masing-masing samada nak kuah pekat atau tidak). Biarkan mendidih sebentar.

5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi dan garam secukup rasa. Didihkan sehingga kentang empuk.

6. Tutup api dan kari daging siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan bersama-sama dengan nasi atau roti canai atau sukahati uolls nak makan dengan apa. Ikut selera masing-masing.

7. Resepi Sotong Masak Hitam Yang Mudah


Sotong masak hitam jadi menu kegemaran kami juga. Mungkin anda tak suka, tapi bagi saya sesekali dalam bulan puasa makan lauk yang jadi memori, memang syok!!

Bahan-bahannya:

500 gram sotong saiz kecil
5 biji bawang merah kisar
2 biji bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit kunyit hidup kisar
air asam secukupnya - untuk mengisar 11 biji cili api 1 biji bawang besar dihiris bulat garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-cara masak sotong masak hitam: 


1. Sotong dicuci tanpa dibuang pundi hitamnya dan ditoskan airnya.
2. Masukkan sotong dalam mangkuk dan masukkan bahan-bahan kisar bersama garam, gula dan perasa secukupnya. Gaul sebati dan perap seketika.
3. Panaskan minyak dan masukkan sotong bersama bahan-bahan kisar tadi. Kacau sebati. Tutup kuali.
4. Bila air sotong hampir kering,masukkan bawang besar hiris dan cili api tadi. Kacau sebati. Biarkan seketika di atas api sambil dikacau sekejap-sekejap dan bolehlah dihidangkan.

Diharapkan idea dan koleksi resepi yang sedap dan ringkas di bulan ramadan dapat membantu anda mencari alternatif masakan yang sesuai buat keluarga tersayang di bulan ramadan. Masakan yang sedap dapat membuka selera dan menguatkan semangat anak-anak kecil untuk berpuasa di bulan ramadan.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close