Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Penggunaan Dakwat Kekal Dalam PRU Ke 14

Panduan Penggunaan Dakwat Kekal Dalam PRU Ke 14. PRU 14 dah dekat dah ni iaitu pada 9 Mei 2018. Anda dah merancang cuti anda? Baliklah mengundi dan lakukan tugas dan hak anda demi masa depan keluarga dan diri anda jugak.

Pilihanraya umum kali ke 14 sudah hampir waktunya. Sebelum ini semua pihak tertunggu-tunggu bilakah parlimen mahu dibubarkan. Kini semuanya sudah jelas. Hari penamaan calon dah dekat ni.. ternanti-nanti jugak muka baru dan segar dalam senarai calon yang diperkenalkan oleh kerajaan dan pembangkang.

Dan semua orang tahu bahawa tahun ini cara mengundi masih menggunakan dakwat kekal dalam Pilihanraya Umum yang Ke 14 di Malaysia untuk para pengundi tetapi pengundi pos dikecualikan.

Panduan Penggunaan Dakwat Kekal Dalam PRU Ke 14

Dakwat kekal pertama kali digunakan di Malaysia semasa pilihan raya umum 2013.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwat itu hanya boleh ditempah, dibuat dan dihantar apabila hampir kepada tarikh pilihan raya yang dijangkakan.

Ini kerana jika ia dihantar terlalu awal, kualiti dakwat tersebut akan terjejas selepas beberapa bulan.

Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai Pembaharuan Pilihan Raya dan disediakan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pelaksanaan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012.

Pertama kali dicetuskan pada pilihan raya umum 2008 di mana penggunaan dakwat dibatalkan tiga hari sebelum pilihan raya umum tahun itu di atas nasihat Peguam Negara kerana keraguan kesahihannya.


Cara Penggunaan Dakwat Kekal 


  1. Pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan; 
  2. Cara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.
  3. Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos.

Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat Mengundi jika timbul keadaan seperti yang berikut:

  • Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk Kerani Pengundian memastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;
  • Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;
  • Pada jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda garisan yang telah dibuat di antara Nombor Siri dengan No. Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi berkenaan; atau
  • Pada jari telunjuk kiri itu tidak terdapat tanda calitan dengan dakwat kekal tetapi telah ada tanda garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi itu yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya.

Jadi,berhati-hati dengan penggunaan dakwat kekal untuk mengundi nanti, ianya bukan sebarangan boleh dicalit di sana sini. Ia haruslah berdasarkan panduan yang tertera di atas.

Selamat mengundi, happy reading!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close