
Tentu ramai yang belum tahu dokumen yang perlu di bawa semasa hari mengundi nanti. Jom kita semak senarai dokumen yang perlu di bawa semasa mengundi nanti.
Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Mengundi
Dokumen yang diperlukan ialah:
- Kad Pengenalan sama ada My Kad atau Kad Pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru.
- Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah:
- Pasport Malaysia Terhad
- Pasport Malaysia
- Lesen Memandu yang bergambar
- Kad Rasmi Pengenalan Diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar pemegangnya.
Datanglah awal ke tempat mengundi dan jangan tunggu hingga saat akhir. Semoga anda semua melalui hari mengundi nanti dengan ceria dan tiada tekanan. Jangan risau apa orang kata, ikutlah pilihan yang anda sendiri tentukan.
Selamat mengundi, happy reading!!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.