Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Sedap Dan Mudah. Nasi goreng kampung faveret saya tentulah yang pedas. Itu yang utama. Kemudian ada tabur bilis goreng. Ada sayuran sikit.. kemudian cili padi seketul dua diketuk je.. memang terangkat lah..

Ada banyak versi nasi goreng. Itu sebab dah jadi makanan kebiasaan kat negara kita ni. Waktu sarapan atau minum petang pun boleh layan nasi goreng. Nasi goreng memang dah terkenal di seantero malaya.. hihi

Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Sedap Dan Mudah
Sumber google

Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

600 gram nasi sejuk - anggaran 1 cawan nasi
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
4 biji bawang merah, dihiris nipis
50 gm isi dada ayam, dihiris nipis
50 ml kangkung, dihiris nipis
4 tangkai cili padi, dihiris nipis
2 sudu besar ikan bilis goreng
1 paket MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Goreng Kampung


Cara Memasak Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Sedap Dan Mudah


Resepi Nasi Goreng Kampung Yang Sedap Dan Mudah
Sumber Google

1. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali dengan berhati-hati. Kemudian masukkan bawang merah dan isi dada ayam serta tumis sehingga isi ayam betul-betul masak.

2. Selepas itu, pecahkan telur di atas kuali dan gaulnya bersama bahan-bahan tadi.

3. Setelah semuanya bergaul rata, masukkan nasi dan gaul hingga sekata.

4. Akhir sekali masukkan kangkung, cili padi, ikan bilis goreng dan MAGGI® Hari-Hari Favourites Perencah Nasi Goreng Kampung. Goreng sehingga semuanya sekata lebih kurang 1 minit.

5. Hidangkannya panas-panas dan pastinya keluarga berebut-rebut untuk menikmati sajian ini.

Resepi nasi goreng sedap pedas di atas saya kongsikan dari website maggi.com.my dan ada banyak resepi yabg boleh dapatkan dari sana.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments