Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili

Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili. Inilah resepi yang legend, tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan. Lauk yang senang disediakan, sedap dimakan dan kesukaan saya. Automatik jadi kegemaran ahli keluarga yang lain. Hihi.., kalau dah maknya suka, anak-anak pun kena suka..

Telur mata goreng dengan bawang, ikan bilis dan cili. Antara menu yang dicari terutamanya dalam bulan ramadan sebab cara masaknya yang ringkas. Kan dalam bulan puasa semua orang nak cepat. Ya dak?
Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili
Gambar hiasan

Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili


Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan:

3 biji telur
1 biji bawang besar - (dihiris)
8 biji cili padi (belah 2)
Kicap secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak telur mata goreng dengan bawang dan cili


Resepi Telur Mata Goreng Bawang Dan Cili
Gambar hiasan


1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.

3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

Inilah resepi ringkas lagi mudah yang dapat saya kongsikan hari ini. Resepi telur mata ni masak apa pun sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tak ada selera makan, boleh cuba lauk telor mata di atas.

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments