Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanda-Tanda Allah Menutup Kejahatanmu

Tanda-tanda Allah menutup kejahatanmu. Berbuatlah sesuka hatimu kerana dirimulah yang akan menanggungnya. Kamu mungkin fikir Allah tak akan ganggu kerana itu atas kehendak dan tanya imanmu sendiri. Selama ini kamu bebas berbuat maksiat tapi Allah tetap tak menghukum? Kenapa ya? Kerana Allah telah menutup kejahatanmu. Kerana Allah hendak kamu berfikir, bermuhasabah diri.

Tanda Allah menutupi kejahatanmu.. , menutup segala maksiat yang kau lakukan adalah kau sendiri berusaha menutupi aib orang lain.

Nak tutup aib dan kejahatan orang lain mudah je. Kita bersangka baik dengan mereka dan mohonkan keampunan mereka kepada Allah. Amalannya cukup mudah dan ringan untuk dilakukan tapi ganjarannya sangat besar! Cuba bayangkan kita mendapat ganjaran pahala sebanyak 1.5 bilion dalam masa 2 saat saja (sekarang kan orang mukmin di seluruh dunia ada lebig kurang 1.5 billion.) Nak tahu macam mana? Jom istighfar.

Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”.

Dengan memohon keampunan untuk muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Insyaa Allah, Allah akan menutup kejahatanmu.

Tanda Allah Menutup Kejahatanmu


Tanda-Tanda Allah Menutup Kejahatanmu
Gambar hiasan

Berkata Al Habib Umar Al Hafidz;

"Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya."
"Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak), dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri."

"Sebagai tanda jika Allah Ta'ala ingin menutupi semua kejahatanmu, maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain."

"Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain."

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”.

Allah sembunyikan 3 perkara pada kita:

1) Tersembunyinya redha Allah Taala itu dalam ketaatannya. Maka jangan sesekali merendahkan satu ketaatan, barangkali didalamnya ada redhaNya.

2) Tersembunyinya kemarahan Allah didalam maksiat maka jangan memandang remeh suatu maksiat, boleh jadi didalam maksiat itu datang kermurkaanNya.

3) Tersembunyinya wali Allah didalam kalangan hambanya maka jangan memandang rendah dari hambanya seorang pun, barangkali dia itu adalah wali Allah.

Sumber ; [Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad رضى الله عنه]

Semoga bermanfaat kepada kita semua. Saya menulis untuk dikongsikan kepada diri sendiri dan anda semua. Tulisan yang baik-baik datangnya dari ilham yang Allah bagi dan tulisan yang tersasar dan khilaf.. datang dari kelemahan saya sendiri.

Terima kasih.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close