Selain durian musang king, saya juga selalu beli durian jenis IOI, merah udang, durian kampung, D24 dan banyak lagi. Bukan selalu pun..
Lagipun pejabat tempat kerja saya di kelilingi pemilik dusun durian. Setiap kali musim durian kami akan dapat makan durian free, berbakul-bakul. Walau pun ada yang kata durian reject, tapi semua elok belaka.. sampai penuh peti ais kat office ni dengan durian.
Durian Musang King Yang Awesome!
Bercakap tentang durian musang king, tadi balik kerja sempat la saya beli durian musang king. Sekilo dekat RM40 harganya. So, bila dah timbang, 2 biji dekat RM150. Tapi kerana nak makan punya pasal, saya beli jugak.
Tiga hari lepas saya ada juga membeli durian kampung, tapi kurang sedap rasanya. Tu yang lepas geram..
Sampai rumah selepas membersihkan diri, terus buka durian. Nah! Beginilah hasilnya..

Isi Durian king dari se biji durian. Dapat satu tuperware. Bila saya buka semua durian musang king tu, dapat 1 lagi bekas tupperware aiskrim. Memang banyak. Isinya semua elok dan kuning berkilat. Alhamdulillah.. rezeki Allah.

Kulit durian musang king yang masih segar. So, korang boleh bayangkan sedapnya dan nikmatnya durian ni..


Isinya besar-besar, kuning berkilat macam majerin. Ada manis pahit rasanya. Tapi memang yummy!! Tak rugi beli tadi. Walau harganya agak mahal jugak..
So, kepada anda yang suka makan durian, musang king antara jenis durian yang dijual dengan harga yang mahal. Tapi jika sudah minat makan durian, apa salahnya berhabis sikit untuk memenuhi minat anda itu.

Memang untung kalau macam ni isi durian musang king
ReplyDelete