Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Banyak Berzikir Tetapi Semakin Dekat Dengan Syaitan

Kenapa Banyak Berzikir Tetapi Semakin Dekat Dengan Syaitan? Kenapa boleh jadi macam tu? Sedarkah kita terkadang kebaikan dan ibadah yang kita lakukan sia-sia saja tidak dikurniai pahala. Tahukah kita apa yang kita lakukan sekadar mendapat penat tetapi tak berkat. Justeru, marilah sama-sama kita tambah ilmu agar yang keliru dapat dijelaskan, dan yang tak faham dapat diyakini pengakhirannya.

Insyaa Allah.

Kenapa Banyak Berzikir Tetapi Semakin Dekat Dengan Syaitan

Jom kita lihat sedikit ulasan di bawah daripada kisah seorang anak murid kepada Imam Al Ghazali.

Kenapa Banyak Berzikir Tetapi Semakin Dekat Dengan Syaitan?


KENAPA BANYAK YANG BERZIKIR TAPI MEMBUAT DIA SEMAKIN DEKAT DENGAN SYAITAN

Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, bukankah zikir boleh membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari jauh darinya?"

“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justeru malah semakin dekat dengan syaitan?”, lanjut Sang Murid.

Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun bertutur.

“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?”

“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir", jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali menjelaskan, "Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan pelbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang  dan mendekati bahkan bersahabat dengannya. Penyakit-penyakit hati itu ialah :

1. Kesombongan
2. Irihati
3. Dengki
4. Syirik
5. Bersikap/berkata kasar
6. Riya
7. Merasa sholeh
8. Merasa Suci
9. Ghibah
10. Marah dan pelbagai penyakit hati lainnya.

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.

Kerana sifat-sifat di atas adalah sifat yang tidak berfaedah langsung kepada diri kita. Sifat yang memang mesti dijauhi daripada diri seorang mukmin yang sejati.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close