Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah

Doa Dan Zikir Hari Arafah - Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariikalah. Hari Arafah adalah hari di mana seluruh umat islam yang berada di tanah suci Mekah melaksanakan rukun haji iaitu wukuf di padang Arafah. Umat islam dari seluruh dunia yang berkumpul pada waktu dan tempat yang sama tak mengira apa bangsa dan darjat. Mengenakan pakaian yang sama dan tidak boleh dibezakan yang kaya atau miskin. Semuanya sama. Inilah yang dinamakan padang mahsyar dunia. Subhanallah. Nikmat TuhanMu yang manakah yang mahu engkau dustakan??

Hari Arafah disambut serentak dalam penuh keinsafan. Pada waktu inilah pintu langit terbuka, doa-doa diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah jua.

Kita yang tinggal dan tidak mengerjakan haji, boleh melakukan amalan sunnah dengan berpuasa dan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Doa pada hari Arafah adalah waktu berdoa yang terbaik untuk dilakukan oleh umat islam di seluruh dunia. Boleh memohon ampunan untuk diri sendiri, keluarga, suami isteri dan untuk umat islam lainnya.

Doa hari arafah boleh mula dimulakan pada 9 Zulhijjah, mulai pukul 5.15 petang (waktu Malaysia) sehingga tengah malam.

Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah 


Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah

1. DOA HARI ARAFAH DAN ZIKIR YANG TERBAIK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik dzikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syaiin Qodiir” 

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu).” [HR. At-Tirmidzi dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash radhiyallahu’anhuma, Shahihut Targhib: 1536]

BEBERAPA PELAJARAN:

1. Doa di hari Arafah adalah yang paling afdhal, karena pahalanya paling besar dan terkabulnya paling cepat.

2. Diantara adab berdoa adalah memuji Allah ta’ala, dan sebaik-baik pujian kepada Allah ta’ala adalah dzikir terbaik yang disebutkan dalam hadits yang mulia ini.

3. Bisa jadi pula doa yang dimaksud untuk dibaca di hari Arafah adalah dzikir tersebut, hal itu didukung dengan satu riwayat Al-Imam Ahmad dari ‘Amr bin Syu’aib dari Bapaknya dari Kakeknya:

كان أكثر دعاء النبي صلى الله عليه وسلم يوم عرفة لا إله إلا الله

“Kebanyakan doa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam di hari Arafah adalah: Laa ilaaha illallah.”

Al-Husain bin Al-Hasan Al-Marudzi rahimahullah berkata,

سألت سفيان بن عيينة عن أفضل الدعاء يوم عرفة فقال : لا إله إلا الله

“Aku bertanya kepada Sufyan bin ‘Uyainah tentang doa yang paling afdhal di hari Arafah. Beliau berkata: Laa ilaaha illallah.” [Mir’atul Mafatih, 9/140]

4. Zikir tersebut adalah zikir yang paling afdhal karena mengandung tauhid, memurnikan ibadah hanya kepada Allah ta’ala dan menafikan semua bentuk ibadah kepada selain-Nya, sedang tauhid adalah kewajiban hamba terbesar dan amalan yang paling dicintai Allah ta'ala.

5. Pelajaran terbesar dari ibadah hari Arafah dan ibadah haji, bahkan dari seluruh ibadah adalah peringatan bagi setiap hamba untuk senantiasa beribadah hanya kepada Allah ta’ala yang satu saja, tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apa pun.

[Dikongsikan dari Tuhfatul Ahwadzi (Syarah Hadits: 3509) dan Mir’atul Mafatih (9/140)]

2. Doa Hari Arafah Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga


✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

3. Doa Hari Arafah Untuk Suami, Isteri & Anak-Anak


Ini antara doa-doa yang patut kita sama-sama amalkan sebagai suami atau isteri dan ibu bapa bagi mendapat rumah tangga bahagia.

"Qul ink kuntum tuhibbu nallah hafat tabi'uni yuhbibkumullah, wayagh firlakum zunuubakum, wallahu ghofu rurrahiim..

Wa'alqoi tu 'alaika mahabbatan minni walitus na'aa 'ala aini.."

Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah

"Ya Allah, ini suamiku, aku sayang dia lebih dari diriku sendiri, banyak kebaikan dia untukku. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

1. Surah Al-Ambiya, ayat 87


2. Surah Al-A'raf, ayat 23
Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah
3. Surah Al-Furqan, ayat 74

Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah

4. Surah Ibrahim, ayat 40

Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah

5. Surah Al-Ahqaf, ayat 15
Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah
"Amallah 5 doa ini bila suami, isteri dan anak-anak buat perangai, melawan, tak nak solat, menyakitkan hati, buat dosa dan sakit jiwa. Doa daripada Al-Quran. Sangat mujarab. Sangat ajaib. Mak ayah jangan tak amal. Mulakanlah dan lihatlah kesannya..." -Ebit Lew-

Alhamdulillah. Subhanallah.

Terimakasih Allah kerana memberikan kami kesempatan untuk berdoa dan memohon kepadamu pada hari Arafah ini.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close