Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Koleksi Resepi Kek Kukus Yang Paling Sedap Terbaik


Koleksi Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah - Kek Kukus antara resepi yang mudah disediakan dan bagus juga untuk melatih anda yang baru nak belajar buat kek. Tak adalah insiden kek hangit bila terlebih kukus berbanding membuat kek yang dibakar dalam oven.. kan? Oh ya.. dalam banyak-banyak kek yang saya kongsikan, suka makan kek kukus oren dan sarang semut. Semua tu kuih legend kegemaran sepanjang zaman.. haha

Kek kukus yang akan dikongsikan adalah koleksi daripada tukang masak yang handal-handal dalam dunia masakan kek Malaysia. Saya pilih kek-kek kukus yang mudah agar semua orang boleh mencubanya.

Bagi saya sendiri, membuat kek adalah pilihan terakhir yang ada dalam minat memasak saya. Saya memang tak gemar buat kek, jika nak makan pun pergi beli atau tempah saja. Memang tak ada bakat langsung. Tetapi, semua itu boleh dipelajari melalui banyak cara dan tempat. Dalam zaman sekarang ni, klik je, semua boleh didapati dari Google. Biasanya saya belajar buat kek atau resepi masakan yang lain melalui YouTube.

Koleksi Resepi Kek Kukus Yang Sedap Dan Terbaik 


Baca lagi ... >> 20 resepi kek kukus buat anda suka ..


1) Resepi Kek Oren Sunkist Sedap Dan Lembap



Bahan-bahan diperlukan:

1 biji buah oren sunkist
1 cwn butter cair- guna minyak pun xpe
1 cwn gula
3 biji telur- buang pusat telur nya
1 sb serbuk penaik
2 cwn tepung gandum

Cara menyediakan dan memasak:

1. Cuci buah, potong & buang biji serta urat-urat putih ditengah. Ambil kulit nya.. buang yang warna putih. Potong buah kecil-kecil. 

2. Masukkan buah & kulit nya sekali dalam blender bersama minyak, gula, telur & kisar hingga halus. 

3. Siap kisar, masukkan dalam bekas, bersama tepung & serbuk penaik yang telah diayak.. sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.

4. Kemudian masukkan dalam bekas yang telah digris & dilapik. Kukus selama 35 minit atau hingga masak.

5. Kek kukus oren anda siap untuk di makan.

Selamat mencuba.

Resepi seterusnya adalah dari jintanmanis. Nama resepi pilihan saya adalah Kek Coklat Moist Kukus yang gebu, lembap dan lazat. Ia menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lebih coklat. Siapa pun suka coklat terutamanya budak-budak, kan...

Resepi Kek Coklat Moist Kukus


2) Resepi Kek Coklat Moist ( Kukus)

(sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com)


Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.



3) Resepi Kek Sarang Semut Kukus


Resepi kek sarang semut kukus di bawah ini saya ambil daripada blog masakan dan saya ubah suai sedikit mengikut citarasa saya. Kalau tak suka manis, kurangkan sukatan gulanya ya...Dan butter boleh gantikan dengan mentega dan begitulah sebaliknya. hihi...


Resepi Kek Sarang Semut Kukus
Ehsan: Google

Saya selalu jugak buat kek sarang semut kukus ni, adakala menjadi dan lembut gebus tetapi ada musimnya kuih yang saya buat semua failed! Haha...never mind, cuba hingga berjaya, kan...


Bahan - Bahan:

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla

Cara Penyediaan:-

1) Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil, sehingga cair.
2) Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yang belum cair.
3) Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika.
4) Pukul telur hingga kembang
5) Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
8) Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
9) Perap adunan ini slama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c atau kukus selama 1 jam 45 minit.

Nota:
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan mentega & letak kertas minyak pada bekas yang di gunakan untuk bakar atau kukus.


4) Resepi Kek Pelangi Kukus Yang Lembap

Oleh: Azie Kitchen

Di bawah ini rupa kek kukus pelangi yang saya kongsikan dari blog Azie Kitchen. Nampak sedap sangat, kan?


Resepi Kek Kukus Pelangi Yang Lembap


Rupa-rupanya nak buat kek kukus pelangi tidaklah susah. Ikut arahan daripada cara membuatnya, jadilah pelangi tu...hihi


Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar serbuk koko (tak guna pun)
1 sudu kecil esen vanila
2-3 sudu besar susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai


Cara cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

3. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Nota:
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Ikut Noor, dia tak gunapun tapi kek tetap lembut. Saya guna 1 sudu besar jer susu segar.

>>> .... Nak Hias Rumah Macam Rumah Orang Kaya?? Klik Sini
>>> .... Halalkah Rezeki Anda?
>>> .... Formula Kurus Yang Orang Sibuk Nak Tahu! 
>>> .... Rahsia Sedekah Yang Membuka Pintu Rezeki. Klik Sini!!!

Terima kasih kerana membaca Aneka Resepi Kek Kukus Yang Lazat Dan Mudah di blog aynorablogs.com. Sekiranya ia bermanfaat dan anda suka untuk mencubanya, kongsikanlah dengan rakan-rakan yang lain.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close