Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Karipap Sardin Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kuih Karipap Sardin Yang Mudah Dan Sedap. Siapa antara pembaca blog ni yang suka karipap sardin berbanding dengan karipap inti kentang? Bagi saya, dua-dua pun saya makan. Tapi faveret lebih kepada karipap kentang.

Sekejap lagi saya akan share resepi karipap sardin yang mudah dan sedap. Cara nak buat inti karipap sardin ni lebih kurang sama macam kita nak buat sandwich sardin. Senang je.. kalau nak inti karipap lebih pedas, lebihkan cili merah atau serbuk cili yang anda guna.

Ada sesetengah tempat menjual karipap inti sardin cuma terlebih bawang besar je.. bila makan tak rasa sardinnya, hanya kunyah bawang. Tak baikkan.. menipu namanya. Itulah pengalaman saya tiap kali beli karipap inti sardin. Lebih baik buat sendiri, lebih puas hati.. hihi

Resepi Kuih Karipap Sardin Yang Mudah Dan Sedap
Gambar ehsan Google

Resepi Kuih Karipap Sardin Yang Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan:
(Versi asal: fizalgk)

250gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan (boleh juga letakkan semua minyak panas - tanpa majerin)
2 sudu besar minyak masak - panaskan
1/2 cawan air yang dicampur garam atau lebih sikit (tuang sikit-sikit sehingga jadi doh)

INTI:

1 tin besar sardin - tak kisah jenama
3 tangkai cili merah besar - di hiris (saya gantikan dengan 2 sudu teh serbuk cili)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
air dan sedikit jus limau nipis
Sedikit gula, jika suka

**Inti di atas adalah untuk dua adunan.


Cara menyediakan karipap dan inti karipap sardin yang sedap!


1. Untuk membuat kulit karipap
- campurkan tepung, marjerin dan minyak masak yang telah dipanaskan (untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas. Bancuhan air garam tadi, masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

2. Untuk buat inti - Sardin di toskan airnya dan hancur-hancurkan. Ketepikan seketika.

3. Cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan serbuk cili atau hirisan cili merah, dan kacau rata. Kemudian masukkan sardin yang di hancurkan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit jus limau nipis dan gaul sebati. Kalau dah secukup rasa bolehlah di angkat dan sejukkan.

Resepi Kuih Karipap Sardin Yang Mudah Dan Sedap

4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. 

Resepi Kuih Karipap Sardin Yang Mudah Dan Sedap

5.Setelah siap mengelim, goreng dengan api yang sederhana supaya karipap tak berjerawat/ mengerutu/ gelembung.

6. Karipap inti sardin dah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi karipap inti sardin yang dikongsikan di atas. Karipap inti sardin ni budak-budak tak suka. Mereka lebih suka yang inti kentang. Mungkin sebab bau ikan sardin tu .., kalau jadi saya apa pun inti saya makan sebab saya memang suka makan karipap dari dulu lagi. Lebih-lebih lagi kalau kulitnya yang letup-letup tu. Nampak macam rangup sangat kulitnya.. haha

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close