Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mungkinkah Ada Doa Ikhlas Orang Lain Untuk Kita?

Usah bangga dengan kebahagiaan dan kekayaan sendiri. Entahkah mungkin kita memperolehi itu semua sebab ada DOA YANG TANPA DIKETAHUI? Mungkin ada orang lain yang amat ikhlas mendoakan kita? Siapakah mereka? Adakah ibu bapa? Adakah kawan-kawan? Adik beradik? Peminat rahsia? Hihi.. itulah mungkin orang-orang yang telah mendoakan kita tanpa kita ketahui.

Doa ikhlas dari orang yang tidak diketahui lebih afdal dan mungkin itu penyebab rezekimu murah, bahagia bersama keluarga tersayang dan mungkin juga dapat naik pangkat. Bertuahnya badan jika ada insan yang sudi mendoakan kita dalam diam. Walau siapa pun mereka, walau dimana mereka berada.. semoga mereka juga mendapatkan apa yang mereka doakan itu..

Mungkinkah Ada Doa Ikhlas Orang Lain Untuk Kita?


Kisah Doa Tanpa Diketahui Yang Meruntun Jiwa


Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.

Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.

Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.

Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan  pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.

Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.

Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.

Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.

Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.

Allahu Akbar!

Itulah kesan doa yang tidak diketahui. Bila semuanya terbongkar.. barulah kita rasa sangat terharu. Meruntun jiwa!! Siapa yang tak rasa amat bersyukur apabila ada orang-orang yang mendoakan kita dalam diam.

Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.

Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus.

Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.

Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.

Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.

Sahabat @ Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.

Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulamak di dunia ini.

Allahu Allah!

Siapalah kita untuk mendabik dada, berkata akulah segalanya. Siapalah kita nak menyumpah seranah orang atas khilaf mereka atau silap diri sendiri. Sedangkan kita tidak tahu jika ada antara mereka yang kita hina itu dalam diam mendoakan kita agar dilimpahkan taufik dan hidayah Allah.

Wallahu'lam.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Sebab itu bila berdoa, kita tujukan kepada semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Bukan setakat untuk diri kita sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebaik-baik doa dalam senarai doa yg dipohonkan.. insyaa Allah

      Delete
  2. terima kasih kak atas pesanan ini...:)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close