Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas Dan Ada Masanya Kita Gagal!

Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas. Manfaatkan sepenuhnya. Tapi manfaat ke jalan yang betul. Ada orang baca blog sebab suka-suka, terjumpa blog kita dalam enjin carian dan singgah. Ada orang baca blog kita sebab cari maklumat. Golongan yang ini memang desperate nak info dan puas hati dengan apa yang dia cari. Jadi, kalau tulis entri di blog biarlah berpadanan dengan tajuk yang anda tulis. Tajuk entri adalah pandangan pertama yang orang nampak dan baca.

Menulis blog pun ada etikanya. Kena tulis dalam bahasa yang mudah difahami, tidak menghasut, menipu dan sebagainya. Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis. Ingat tu!!


Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas


Kejayaan berblog telah saya rasai. Income masuk beribu sebulan dari berbagai sumber. Antaranya:

1. Sumber dari iklan Adsense
2. Affiliate marketing untuk fesyen muslimah seperti Sweet Muslimah, Tudung Sicomel, dan juga kedai buku online Bookcafe. 
3. Iklan advertisement yang berbentuk native dan khas untuk mobile sahaja seperti Mobicow
4. Review produk dari beberapa jenama
5. Pendapatan dari Nuffnang yang memang setiap blog akan pasang pada permulaan berblog.. betul tak?

Ada banyak lagi sebenarnya income yang datang dari blog. Syukur sangat sebab pernah merasai hasil dari berblog.

Bila kita berada di atas dalam berblog.. semua datang macam air. Ramai pengiklan yang cari. Tapi ingat.. ramai juga yang tak puas hati dan cuba hack blog kita. Masukkan virus melalui pelbagai cara. Berhati-hatilah dengan kod html, atau javascript pengiklan yang kita pasang.

Bila blog telah diserang virus, dah susah nak dapat balik momentum hasil yang sama. Kena bermula dari bawah dan lebih berhati-hati. Itulah yang sedang saya lakukan. 

Namun yang penting jangan lupa berkongsi kepada pembaca blog anda dengan etika yang betul. Jangan berhenti berblog walau pelbagai halangan melanda. Tiap kesusahan pasti ada kemudahan pada hujungnya.. kan Allah dah kata.

Istiqamah lah ya...

Di bawah ini adalah print screen dari entri saya terdahulu yang memaparkan pencapaian blog..

Bagaimana PV blog dapat capai 1 juta dalam tempoh 10 bulan bagi newbie 



Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas Dan Ada Masanya Kita Gagal!

Artikel ni saya tulis tahun 2013. Boleh baca terutamanya bagi newbie dalam blogging. Klik pada link tajuk di atas ni..


Berblog Ada Pasang Surutnya, Satu Masa Kita Di Atas Dan Ada Masanya Kita Gagal!



Semua di atas adalah paparan print screen tentang entri saya beberapa tahun lalu dan paling terbaru adalah ditulis pada tahun 2017, bulan oktober.

Saya pernah mengecapi PV sebanyak lebih sejuta untuk tempoh sebulan aje. Best kan?

Ini semua pengalaman berblog yang amat mematangkan saya.

Thank you! Semoga entry republish di atas dapat memberikan inspirasi kepada anda di luar sana terutama bagi blogger baru yang sedang mencari arah dalam penulisan blog.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close