Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Mohon Kekayaan Dunia Akhirat Doa Nabi Sulaiman

Doa Mohon Kekayaan Dunia Akhirat Doa Nabi Sulaiman. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari di mana banyak keajaiban ciptaan Allah berlaku pada hari Jumaat. Solat jumaat juga terjadi pada hari ini. Setiap kebaikan dan amalan yang dilakukan pada hari jumaat diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Maka, nikmat TuhanMu yang mana nak kau dustakan??

Hari jumaat adalah hari kita mengaudit diri. Pagi sebaik bangun tidur, adakah dah mengucap syukur kepada Allah? Alhamdulillah.. sebab Allah bangunkan kita dan masih dapat bernafas untuk terus berbakti kepada Allah sebagaimana janji kita ketika di Lluh Mahfuz. Hidup hanya untuk beribadat kepada Allah. Adakah setakat solat itu dikira ibadat? Apakah kita lupa.. setiap denyut nafas dan kaki melangkah di atas muka bumi ni.. niatkanlah sebagai ibadat kita kepada Allah. Kerja, makan, tidur, buang hajat, senyum.. semua tu ibadat. Niatkan lakukan semua perkara itu sebagai ibadat. Insyaa Allah.. maka janji kita kepada Allah SWT ketika di Luh Mahfuz tidak terabai. 

Doa Mohon Kekayaan Dunia Akhirat Doa Nabi Sulaiman

Doa Mohon Kekayaan Dunia Akhirat Doa Nabi Sulaiman


Bismillahirrohmaanirrahiim..

Innahu min sulaimaan
Wa'innahu bismillahirrohmaanirrahiim
'Ala ta'luu 'alaiyya wa'atuuni muslimin

Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya (surat) itu dari sulaiman yang isinya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri."

Amat indah dibaca doa ni pada pagi Jumaat yang barakah ini.

Doa dilimpahkan kekayaan rezeki


"Ya Allah, berilah kami kecukupan dengan rezeki yang halal sehingga kami tidak memerlukan yang haram, dan berilah kami kekayaan dengan kurniaMu, sehingga kami tidak memerlukan bantuan dari makhluk selain diriMu."

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan Allah Maha Mendengar.

Insyaa Allah, dengan membaca dan amalkan doa Nabi Sulaiman di atas untuk kekayaan, kita dikurniakan:

1. Dipermudahkan segala urusan

2. Diberi kekayaan yang banyak dan mudah seperti yang Allah berikan kepada Nabi Sulaiman tanpa menjadi penunggang dunia

3. Dijauhkan dari segala penyakit, musibah, sial dan mara bahaya

4. Ditambahkan nikmat iman, islam serta al wala' wal bara'

5. Yang belum bertemu jodoh, akan dipertemukan

6. Yang banyak hutangnya semoga diberi jalan keluar agar hutang-hutangnya langsai semua

Semoga kita semua dapat mengamalkan doa kekayaan Nabi Sulaiman untuk kesenangan hidup di dunia untuk akhirat yang kekal.

Bila dah kaya, janganlah pulak lupa bahawa Allah sedang menguji kita melalui kekayaan. Maka, bersedekahlah.. agar tenang hidup dan berkat hartamu.

Selamat beramal.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close