Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Kena Makan Buah Dulu Sebelum Makan Nasi

Kenapa Kena Makan Buah Dulu Sebelum Makan Nasi. Kalau nak kurus jangan makan nasi! Itu mitos yang selalu dimomokkan kepada orang yang nak kurus. Sedangkan orang yang dah kurus pun makan nasi ketika dalam proses diet mereka.

Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama. Namun, amalan ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan. Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama. 

Kenapa Kena Makan Buah Dulu Sebelum Makan Nasi


Kenapa Kena Makan Buah Dulu Sebelum Makan Nasi
Gambar hiasan

Makan buah setiap pagi ketika perut kosong (sebelum sarapan) membantu tubuh untuk menyerap nutrisi penting yang ditemukan dalam buah-buahan. Maknanya, kita dah ambil peluang untuk rasa kenyang sebelum makan. Maka, bila makan nasi nanti, ambil suku bahagian je pun dah cukup.

Kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan. Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh. Jadi, walaupun kita makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Makan buah sebelum makan nasi adalah baik dilakukan kerana penyerapan nutrisi akan lebih baik dan sempurna. Akan tetapi jika makan buah sebaik setelah makan nasi maka nutrisinya tidak terserap dengan sempurna.

Sebab itu, makan buah sebelum makan nasi adalah amat digalakkan. Ia juga merupakan amalan sunnah. Dan cara pemakanan yang betul.



Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Sebaiknya makan buah sebelum makan makanan berat..terima kasih infor sihat

    ReplyDelete
  2. Pernah juga cheq dengar nasihat yang macam ni, tq for the reminder 👍

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close