Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Nak Sombong? Cara Mengikis Sifat Sombong Dalam Diri

Cara Mengikis Sifat Sombong Dalam Diri. Kenapa nak sombong walau anda lebih segalanya dari orang lain. Orang sombong selalu rugi. Bak kata pepatah, "Orang sombong selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. Bersikap sombong menyebabkan kita hilang kawan. Sikap sombong juga menimbulkan suasana tak best dalam sesuatu komuniti masyarakat.

Kenapa nak sombong? Tak perlu nak menongkat langit sangat! Kerana apa yang kau ada, apa yang orang lain ada bukan selamanya milik kita. Benda tu semua cuma pinjaman. Hari ni ia milik kita, mana tahu esok lusa ia jadi hak orang lain pula. Sebab itu kita dilarang sombong bangga mempamer kebahagiaan, kemewahan, kelebihan.. yang sifatnya tak kekal. Berpada-padalah. Tak salah pun bila kita memikirkan perasaan orang lain sebelum nak memuat naik sesuatu kepada orang lain terutamanya di laman sosial.

Kenapa Nak Sombog? Cara Mengikis Sifat Sombong Dalam Diri

Ada kajian mengatakan orang yang suka menunjuk dan sombong adalah orang yang tak bahagia? Betul ke??

Cara Mengikis Sifat Sombong Dalam Diri


Ada cara yang boleh dilakukan untuk mengikis sifat sombong dalam diri. Tak perlu sombong la, ia tak akan meningkatkan tahap kehidupan anda pun.. 

Cara-cara mengikis sifat sombong


1. Selalu bergaul dengan orang susah, orang miskin dan kurang berkemampuan
2. Didikan ibubapa daripada anak-anak kecil lagi, agar mereka melihat kesusahan sebagai satu yang perlu dibantu dan bukan dipinggirkan
3. Sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu yang menggalakkan sifat zuhud, iaitu hidup secara seadanya
4. Perbanyakkan membaca kerana banyak ilmu membawa kita kepada perkara lebih baik, sebaliknya banyak harta hanya menjauhkan kita daripada akhirat
5. Sentiasa ingat mati. Orang yang sentiasa ingat mati adalah orang yang bijak. Nak buat maksiat pun fikir, macam mana kalau kita meninggal dunia ketika bermaksiat? Kalau sombong nanti nak mati sorang-sorang ke?? Na'uzubillah..

Kenapa Nak Sombog? Cara Mengikis Sifat Sombong Dalam Diri

Kesan daripada sombong adalah dibenci Allah, dipalingkan daripada kebenaran dan terkunci mati hatinya!!

Itu antara cara-cara mengikis sifat sombong yang sentiasa saya ingatkan kepada diri sendiri dan ahli keluarga saya. Ada juga yang saya dengar daripada perkongsian Dr Fadzilah Kamsah dalam radio Sinar. Amat bermanfaat sekali.  


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close