Header Ads

Mandi Manda Hujung Minggu Di Kukup Golf Resort, Pontian


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Mandi Manda Hujung Minggu Di Kukup Golf Resort, Pontian
Mandi Manda Hujung Minggu Di Kukup Golf Resort, Pontian. Dua minggu lepas saya ada cerita tentang main air di Starhill Golf Resort, Kempas. Dan, kali ni bawa lagi hero kecil saya ke resort juga iaitu Kukup Golf Resort. Kali ni disertai oleh En suami sebab jatuh pada hari Ahad.

Kami sampai di Kukup Golf Resort sekitar pukul 11.30 pagi. Orang pun dah ramai. Bayaran untuk 2 dewasa dan seorang kanak-kanak adalah sebanyak RM41. Mungkin agak mahal kerana terkena waktu cuti sekolah dan hujung minggu. Kalau hari biasa mungkin murah sikit.

Oh ya, ada notis tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar. Tapi saya tengok ramai je yang bawa roti, air, dan makanan ringan. Sebab tak ada guard yang check pun berbanding di Starhill Golf Resort. So.. pandai-pandailah sorok ya..


Mandi Manda Hujung Minggu Di Kukup Golf Resort, Pontian


Dek kerana cuti sekolah, keadaan swimming pool di Kukup Golf Resort agak penuh. So, kena pepandai cari "port" nak landing ya... 

Jom layan gambar di swimming pool tersebut.


Inilah si boolat hero saya..


Cantik kan pemandangan dalam gambar swimming pool ni, tapi sebenarnya kolam ni tak besar sangat berbanding dengan di Starhill Golf Resort..


Hero saya cuba apungkan badan yang boolat tu.. haha





Muka si penulis entri ni berpeluh-peluh. Abaikan je la ya..

Last sekali, jom layan video yang saya ambil live.. anda boleh tengok sendiri swimming pool di Kukup Golf Resort ni.. okay tak?


Selamat bercuti kepada ibu bapa di luar sana. Rancang cuti anda agar anak anda dapat manfaatkan cuti sekolah akhir tahun ini. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.