Header Ads

Belajarlah Dari Jam Dinding


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Belajarlah Dari Jam Dinding
Belajarlah Dari Jam Dinding. Belajar tu satu proses yang tak pernah habis. Belajarlah sampai ke negeri China! Itulah lambang perumpamaan supaya kita menuntut ilmu tanpa jemu dan penat walau jauh beribu batu jaraknya.

Dalam zaman sekarang, ilmu tak boleh dipelajari dari satu punca sahaja iaitu sekolah. Ilmu kena dicari, dipelajari dari setiap ceruk, dari internet, dari orang kaya, dari orang miskin dan banyak lagi.

Belajarlah Dari Jam Dinding


Kenapa kita kena belajar umpama dari jam dinding??

Belajarlah dari jam dinding. Dilihat orang atau tidak, ia tetap berdenting. Dihargai atau tidak, ia tetap berputar

Walau tak seorangpun mengucapkan terima kasih, ia tetap bekerja.

Setiap jam, setiap minit, bahkan setiap detik masa!

Teruslah berbuat baik sesama kita, meskipun perbuatan baik kita tidak pernah dinilai oleh manusia.

Biarlah ia dinilai oleh yang berhak menilai kita. Yang tahu keikhlasan kita. Yang tahu setiap denyut nadi kita ke mana dihabiskan. Adakah pada yang baik atau di jalan yang mungkar??

Belajarlah dari jam dinding ya...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.