
Info Yang Anda Cari:
Beli Popcorn Sebab Saiznya Yang Unik
Beginilah nasib orang yang cepat terpengaruh, asal nampak benda unik je terus beli. Entahkan sedap atau sebaliknya belakang kira.. lepas tu tak habis makan. Dah membazir. Tetapi bagi saya dan En suami, jika makanan kat rumah tak habis.. kami akan bawa ke opis untuk dinikmati bersama-sama. 😅😅



Nak dijadikan cerita, sewaktu bershopping kami tak check samada item yang dibeli itu kategori myKasih atau tidak. Pakai ambil je.. tiba dikaunter, hanya RM113 sahaja dan yang baki hampir RM220 tu tiada dalam kategori. Hmm... tak dapat nak habiskan lagi duit dalam IC dia tu.



Dan salah satu item yang dibeli bukan dalam kategori adalah popcorn dalam bekas unik!! Hehe.. gitulah bila kita membeli ikut mata dan bukan kerana kita perlu.
Walau apapun yang kita belanjakan, janganlah buat sesuka hati. Ini pengajaran bagi kami iaitu jika nak guna wang sumbangan kerajaan seperti STR, myKasih dan lain-lainnya.. pastikan beli barangan yang kita perlu. Belanja dengan berhemah dan dahulukan keperluan harian yang memang kita nak guna.
Rasa popcorn tu? Surprisingly dia tak manis sangat, ada rasa caramel dan pahit sikit di hujung lidah. Boleh juga buat layan tengok drama Korea. Hihi ❤️💜
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.