Header Ads

Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia
Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia - Impian setiap insan adalah memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Kita kena berusaha menggapai bahagia walau ada yang mengalami jalan berliku. Lalui setiap dugaan dengan kuat dan sabar, kerana di hujungnya nanti Allah akan tunjukkan ganjarannya. Tak lambat atau tercepat tetapi pada saat kamu perlukannya. 

Selain usaha secara kewangan dan tenaga fizikal, kita juga digalakkan berdoa untuk mencapai bahagia yang dicari. Mari kita amalkan koleksi doa untuk keluarga bahagia yang saya kongsikan di bawah..

Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia 


Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:

Ini doa kegemaran Rasulullah..

Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia


Surah At-Taubah, ayat 128-129

Ayat 128

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Maksud ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.

Ayat 129

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Maksud ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar. 

Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:

Surah Ibrahim, ayat 40.

Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia

Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:


Surah Al-Ahqaf, ayat 15.

Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia
Maksudnya:

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusuinya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri“. [QS. AL AHQAF 46:15]

Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:


Surah Maryam, ayat 1-10.


Koleksi Doa Untuk Keluarga Bahagia

Alhamdulillah..

Inilah perkongsian yang dapat saya nukilkan untuk sahabat semua. Tiada apa yang lebih bahagia apabila sahabat muslim saya semua mampu mengecapi bahagia seperti orang lain. Bahagia hingga akhir hayat.  

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.