Header Ads

Peraturan Tempat Kerja atau Workplace Rules Untuk Hidup Bahagia


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Peraturan Tempat Kerja atau Workplace Rules Untuk Hidup Bahagia
Peraturan Tempat Kerja Untuk Hidup Happy - Adakah anda ada peraturan tentang kerja anda. Tentang tempat kerja, tempat cari makan. Apakah peraturan tempat kerja atau workplace rules yang anda pegang?

Bagi kita umat islam, peraturan kerja yang utama adalah rezeki yang halal. Kemudian baru datangnya macam-macam rules dan regulation yang kita pegang.

Peraturan Tempat Kerja atau Workplace Rules Untuk Hidup Bahagia

Jom kita semak workplace rules yang mungkin kita gunakan sebagai panduan dalam pekerjaan. 


"Workplace Rules" Untuk Hidup Bahagia


1. Jangan percayakan sesiapa tetapi hormati semua orang.

2. Apa berlaku dalam ofis, habis di situ. Jangan bergossip pasal ofis di rumah dan begitulah sebaliknya.

3. Masuk pejabat tepat masa dan balik pun tepat masa! Komputer pejabat tak membantu pun meningkatkan kesihatan anda.

4. Jangan jalin hubungan di tempat kerja. Ia selalu jadi alat tikam belakang. Tak membantu anda pun!

5. Jangan berharap apa-apa. Bila ada yang membantu, bersyukurlah. Jika tidak, belajar berdikari dan ambil pengajaran dari pengalaman.

6. Usah terburu-buru berebut jawatan. Bila dapat kenaikan, tahniah. Jika sebaliknya, tak apa. Anda akan dikenang kerana pengetahuan dan kebaikan anda, bukan disebabkan jawatan.

7. Jangan gilakan hal kerja. Anda ada benda lain lebih penting dalam hidup.

8. Elakkan egomu! Ingat siapa bayar gaji anda. Gunakan aset anda untuk capai kebahagiaan.

9. Tak kisah bagaimana orang lain melayanmu. Rendah diri itu bagus. Anda tak dapat memenuhi kehendak semua orang.

10. Akhir sekali, tak ada yang lebih penting selain keluarga, kawan, rumah dan ketenangan diri.


Semoga bermanfaat. Workplace rules di atas boleh je dijadikan panduan kita untuk mendapatkan keselesaan dan ketenangan di tempat kerja. Mana yang sesuai dengan tempat kerja anda, boleh ambil dan gunakan dengan sebaiknya.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.