Header Ads

Sambal Cili Ikan Bilis Petai


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Sambal Cili Ikan Bilis Petai
Sambal Cili Ikan Bilis Petai. Dah lama chek tak share resepi kut kat blog. Lama sangat ke, tak de lah lama mana tapi sebab dah suka share resepi dan masak walau tak pakar.. rindu nak bebel pasal resepi jugak. Saya bukanlah pemakan petai yang gila sakan akan ulam diraja ni.. tapi kalau ada depan mata ambil jua sebiji dua.


Ketika merayau ke Aeon haritu, ada nampak petai. Dah bersih dalam bekas plastik. Saya pun beli cadang nak buat sambal udang petai. Namun ditanya si bujang, taknak letak petai dalam udang. Dia tak suka. Maka maknya ni, terpaksalah buat alternatif lain. Petai kalau simpan lama dan layu, dah tak sedap. Idea datang, masaklah sambal cili ikan bilis petai. Rangup krap! Krap! Krap!


Sambal Cili Ikan Bilis Petai


Sambal Cili Ikan Bilis Petai 


Sambal Cili Ikan Bilis Petai

Bahan-bahan

- ikan bilis 300g
- petai 2 papan - buang kulit dan belah dua
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- gula, jika suka

Cara-cara memasak yang amat mudah


Sambal Cili Ikan Bilis Petai

1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

Selamat mencuba ya kekawan. Ramai yang kata, ala senang aje tu nak buat sambal cili ikan bilis petai. Tapi, yang buat susah tu nak dapat rasa yang sedap, lemak dan rangup. Bagi yang ada pengalaman je yang dapat hasil yang diharapkan.. hehe.. pesan saya, cuba hingga jaya ya!

2 comments:

  1. sedapnya nampak ikan bilis tu garis, n petai pun fresh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. rangup je rasanya, makan dengan nasi panas je pun cukup..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.