
5 Barang Dapur Perlu Tukar Untuk Capai Azam Diet
Apakah 5 bahan dapur tersebut? Jom kita semak senarai tersebut. Ada tak yang tersimpan di rumah anda?
1. Nasi putih - tukar kepada beras perang
2. Roti putih - tukar kepada roti wholemeal, yang tawar rasanya dan memang tak sedap bila cicah milo panas! Hehe..
3. Ubi kentang - tukar kepada ubi keledek
4. Daging - tukar sumber protein daging kepada ikan
5. Biskut - tukar kepada buah-buahan
Haa.. boleh tukar tak? Pasti boleh kan.. macam kita makan dalam pantang. Semua benda kena back to basis.. back to nature. Makan benda yang badan kita perlu saja. Yang tak perlu makan, kita tukar.
Semoga panduan barang apa yang perlu ada di dapur rumah dan yang perlu ditukar, menjadikan kita faham mengapa itu semua perlu bermula dari dapur rumah anda sendiri.
Yang nak sihat adalah kita dan bukan orang lain. Abaikan jika ada mulut yang suka komplen tentang dapur anda.
Selamat menjaga kesihatan ya!

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.