Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Talam Gula Melaka

Resepi Kuih Talam Gula Melaka atau gula merah. Dua-dua sama je. Kuih talam adalah antara kuih tradisional yang saya sukai. Kali ini saya nak share tentang kuih talam gula merah. Jadi, bila dah siap warna kuihnya 2 lapis iaitu lapisan tepung yang warna putih dan warna merah terhasil daripada campuran tepung dengan gula merah. Kalau suka manis, boleh lebihkan gula pasir.

Jom layan dulu koleksi kuih talam gula merah yang saya kompilasi dari carian Google. Memang geram je tengoknya, terliur gitu. Lepas ni kena cepat beli bahan dan buat ya kekawan... kos semua bahan tak sampai RM10.

Resepi Kuih Talam Gula Melaka

Memang kebanyakan orang buat kuih talam gula merah ni bahagian merahnya yang tebal sebab ia campuran tepung gandum. Tepung gandum kan lebih kasar teksturnya berbanding tepung beras untuk lapisan putih tersebut.

Resepi Kuih Talam Gula Melaka

Geram tak tengok kuih talam gula merah ni? 


Resepi Kuih Talam Gula Melaka

Resepi asal: Chef Hanieliza


Bahan-bahan:

Lapisan Bawah: 

1 cawan gula merah* 
1/2 cawan gula pasir* 
5 cawan air biasa*
Yang bertanda * di atas, masak dan sejukkan
2 cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung ubi 
1 sudu kecil kapur 

Caranya:

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 

2. Gaulkan adunan dan tapiskan. 

3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit. 

4. Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu. 

Lapisan Atas:

3 cawan santan pekat 
1 cawan tepung beras 
1 sudu kecil garam 

Caranya;

1. Gaul dan tapiskan semua bahan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.. 

2. Tuang atas adunan bawah yang telah dicakarkan sikit dan..

3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak 

4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close