Header Ads

Cara Buat Bubur Merah Putih Tradisional Yang Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Buat Bubur Merah Putih Tradisional Yang Sedap
Cara Buat Bubur Merah Putih Yang Sedap. Dah lama tak buat bubur merah. Ditengahnya ada sejemput bubur putih. Lemak manis dan harum pandan memang membuka selera. Last saya makan bubur merah putih ni mungkin 10 tahun yang lalu. Itu pun waktu anak sulung dapat result bagus dalam UPSR. So, rasanya macam nak buat lagi hujung tahun ni. Untuk si adik pulak. Mudah-mudahan sama macam abang, dapat keputusan terbaik. Doakan kami ya..


Bubur merah bubur putih yang biasa bonda saya buat cuma guna beras biasa je. Tak lah guna pulut. Tapi sekarang ini bubur merah putih telah diupgrade dengan gunakan beras pulut. Lebih lembut teksturnya. Nak guna beras pulut biasa atau pulut susu tak kisah. Cuma beras pulut susu tak makan masa lama rendam dan memasaknya. Kalau tak silap beras pulut susu masa saya tengok tak lama dulu, 1kg berharga RM6.50. Murah je..

Cara Buat Bubur Merah Putih Yang Sedap
Gambar ehsan Tiffinbiru

Daripada gambar hiasan di atas dan bawah.. kita boleh bayangkan kenapa ia dipanggil bubur merah putih. Bubur merah di bawah, lebih banyak dan bubur putihnya sedikit saja, letak ditengah dan atas bubur merah. Kalau nak gaya lain boleh je.. yang saya tunjuk sini adalah gaya hiasan tradisional.

Gambar ehsan Tiffinbiru

Cara Buat Bubur Merah Putih Yang Sedap


Jom kita buat bubur merah putih ni yang saya biasa buat bila anak-anak peroleh keputusan cemerlang atau habis ngaji, dah khatam.

Bahan-bahan:

500 gram beras pulut susu, cuci dan rendam sekejap (anggaran 30 minit)
5 cawan air
2 kotak santan
3 helai daun pandan
4 - 5 camca besar gula merah*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
2 - 3 camca besar gula Melaka (bergantung pada tahap kemanisan)
Garam secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA 


1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam periuk bersama-sama air dan daun pandan, Masak dengan api kecil hingga pulut kembang. Kacau sekali sekala.

2. Kemudian tuang pati santan dan kacau rata dan biarkan mendidih sekejap. Cedok keluar kurang lebih 3/4 cawan dan masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati (hingga terasa lemak2 masin).

3. Bakinya masukkkan air gula melaka, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih, kalau kurang manis, anda boleh tambah sedikit gula lagi. Tambah air jika terlalu pekat. Matikan api.

4. Cedok secukupnya bubur merah ke dalam mangkuk sesuai, kemudian sudukan sedikit (atau secukupnya) bubur putih atas bubur merah. Hidangkan segera....

Selamat mencuba!!. Bubur merah bubur putih memang sedap dan meninggalkan memori zaman mak kita dulu. Bila anak-anak berjaya, baik demam, pandai berjalan bagi yang ada anak kecil.. pasti kita orang akan dapat makan bubur merah putih ni. Kononnya, bubur merah putih ni di sediakan bila ada sesuatu berita baik yang diraikan. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.