Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siapakah Jacinda Ardern Kepada New Zealand?

Siapakah Jacinda Ardern Kepada New Zealand? Tiba-tiba saya baru dengar nama ini. Tiba-tiba baru nak Google maklumat tentang beliau. Rupanya, Jacinda Ardern adalah Perdana Menteri New Zealand, seorang wanita berwajah jernih dan redup namun tergambar ketegasannya. Dalam menyandang jawatan PM ke 40 New Zealand, mana nak sangka tragedi berdarah di 2 buah masjid di negaranya itu telah menularkan wajah dan namanya. 

Sewaktu secara spontan ditanya mengenai insiden tersebut ketika baru berlaku, beliau menjawab dengan begitu berhati-hati dan tidak prejudis. Kemudiannya.. saya terbaca di dada akhbar tentang perasaannya yang terguris dengan tindakan kejam pengganas tersebut hinggakan nak menyebut nama si pelaku pun beliau tak sanggup!!

Siapakah Jacinda Ardern Kepada New Zealand?


Jacinda Ardern namanya disebut-sebut sejak 15 Mac 2019 yang lalu? Siapakah beliau? Hari demi hari berlalu, ada saja tindakan PM wanita NZ ini yang dikagumi oleh umat islam di seluruh dunia. Beliau membuat kenyataan bahawa kos pengebumian dan bil hospital akan ditanggung oleh kerajaan New Zealand terhadap keluarga mangsa yang terkorban.

Siapakah Jacinda Ardern Kepada New Zealand?

Jom baca biodata PM New Zealand iaitu Jacinda Ardern iaitu perdana menteri NZ yang ke 40. Wow!! Iya ke? 

Jacinda Ardern lahir pada 26 Julai 1980 (39 tahun - 2019), merupakan ahli politik dari New Zealand serta Perdana Menteri bagi negara tersebut sejak pelantikannya pada 26 Oktober 2017. Beliau merupakan ketua Parti Buruh sejak 1 Ogos 2017. Beliau pertama kali dipilih menjadi ahli Parlimen pada pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac 2017 bagi kawasan Mount Albert.

Jacinda Ardern memiliki seorang anak setelah berkahwin dengan Clark Gayford, dan pernah bekerja dengan Tony Blair. Beliau belajar di Universiti Waikato, New Zealand.

Selepas tamat belajar di Universiti Waikato pada tahun 2001, Ardern memulakan kerjayanya sebagai penyelidik di pejabat Perdana Menteri Helen Clark. Beliau kemudiannya bekerja di United Kingdom sebagai penasihat polisi kepada Perdana Menteri negara tersebut Tony Blair pada ketika itu dan pada tahun 2008, beliau dipilih menjadi Presiden Kesatuan Antarabangsa Pemuda Sosialis. Beliau menjadi ahli Parlimen bagi Mount Albert sejak 8 Mac 2017. Beliau telah dipilih secara sebulat suara sebagai Timbalan Ketua Parti Buruh pada 1 Mac 2017 berikutan peletakan jawatan Annette King.

Dalam usianya yang masih muda, beliau telah memiliki pengalaman berpolitik yang agak luas dan berpendirian tegas. Patutlah beliau amat disegani oleh pemimpin dunia dalam usahanya menyelesaikan insiden tragedi berdarah di  Masjid Al Noor dan Masjid Linwood Avenue dekat Christchurch, New Zealand.

Semoga kejadian ini dan usaha yang dilakukan oleh Jacinda Ardern dijadikan tauladan kepada pemimpin dunia yang lain. Usah prejudis terhadap agama orang lain. Hormati agama masing-masing. Yang penting bertoleransi.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close