Header Ads

Doa Mohon Kesembuhan Kepada Saudara Kita Yang Sedang Sakit


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Doa Mohon Kesembuhan Kepada Saudara Kita Yang Sedang Sakit
Doa Mohon Kesembuhan Kepada Saudara Kita Yang Sedang Sakit. Sakit itu penghapus dosa-dosa kita yang lalu. Itu adalah salah satu tanda bahawa Allah masih sayang kita. Allah masih nak dengar rintihan kita mengadu kepadaNya. Dan, ada juga hikmahnya sakit agar kita dapat merapatkan hubungan sesama saudara dan sahabat handai kita. Jangan lupa juga, diuji sakit atau kesakitan sebab Allah nak naikkan darjat kita yang biasa-biasa kepada luar biasa. Allahu Akbar..

Lewat beberapa hari lalu insiden di Chirstchurch New Zealand (15/3/2019), telah membuka mata banyak pihak. Lantas, meningkatkan keazaman dan keimanan kita terhadap agama islam yang suci. Kemalangan jiwa dan korban luka.. mangsanya adalah saudara seagama kita. Sedekah Al Fatihah bagi mangsa yang terkorban dalam tembakan rambang itu. Semoga syurga Firdausi tempatmu, saudaraku! Dan, bagi yang sedang dirawat.. samalah kita panjantkan doa kepada mereka agar diberi kesembuhan seperti sediakala. Aameen..

Doa Mohon Kesembuhan Kepada Saudara Kita Yang Sedang Sakit 


Doa Mohon Kesembuhan Kepada Saudara Kita Yang Sedang Sakit

Doa mohon kesembuhan dalam rumi;

Allahumma rabbannaasi azhibilba'sa
Washfihi wa'antassyaa fii la syifaa'a
Illa syifaa uka syifaa'an
Laa yugho diru saqama..

Maksudnya;

"Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan, dan berilah dia kesembuhan. Engkau zat yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain."

Alhamdulillah... moga Allah permudahkan segala urusan saudara-saudara kita. Ujian ini adalah untuk kita semua umat islam khasnya dan untuk seluruh umat manusia amnya... Allah maha adil dan saksama. Bahu yg memikul lagi berat daripada mata yang memandang.

Semoga semuanya baik-baik saja, buat sahabat dan saudara islan kita di mana saja berada. Daripada Allah kita wujud kepada Allah kita kembali. Itulah sebaik-baik ungkapan terhadap segala musibah yang kita lihat dan dengar.


Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMu, ya Allah..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.