Header Ads

Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurch New Zealand Korbankan 40 Nyawa


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurch New Zealand Korbankan 40 Nyawa
Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurch New Zealand Korbankan 40 Nyawa. Punca amukan dan tembakan rambang dilakukan oleh suspek adalah kerana menghalang kemasukan imigran ke negara tersebut dan kerana dendam rempuhan lori di Sweden 2 tahun lepas.

Seramai 40 jemaah terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam kejadian serangan di dua buah masjid di bandar ini ketika solat Jumaat hari ini, kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurh New Zealand Korbankan 40 Nyawa


Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelum melepaskan tembakan rambang. Lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter turut menyiarkan serangan itu secara langsung di media sosial. Polis New Zealand mengesahkan empat orang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.


Tragedi Tembakan Masjid Di Christchurch New Zealand Korbankan 40 Nyawa


Memang mengejutkan. Sedih. Sadis. Kalau anda dapat tengok video yang dirakam sendiri oleh suspek tadi, tentu anda pun tak sanggup nak tonton sampai habis macam saya. Murahnya nyawa manusia!!

Saya ringkaskan kejadian Tragedi tembakan rambang Masjid Di Christchurh New Zealand Korbankan 40 Nyawa. Semoga saudara kita diterima amalan mereka dan meninggal dalam keadaan yang khusnul khotimah. Amiin..

Baca [Kematian Yang Khusnul Khotimah..]

1. Suspek dikatakan warga Australia berumur 28 tahun. Beliau bertindak bersendirian. Jika dilihat dari rakaman videonya, suspek membawa pelbagai senjata berbahaya di dalam kenderaannya. 

2. Telah merancang selama 2 tahun untuk melakukan serangan ke atas masjid di Christchurch tersebut.

3. Serangan dilakukan pada hari jumaat, ketika jamaah sedang solat jumaat. Mengikut maklumat Harian Metro, kematian telah mencecah 40 orang dan lebih 20 orang cedera parah.

4. Pesuruhjaya Polis New Zealand Mike Bush menasihatkan rakyat negara itu supaya mengelakkan diri daripada mengunjungi mana-mana masjid di New Zealand buat sementara waktu, bermula malam ini, lapor NZ Herald.


5. Dalam kejutan insiden tembakan rambang di Christchurch hari ini, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan, Bush menyeru orang ramai supaya tidak berada berdekatan kawasan masjid.

6. Bush mengesahkan serangan itu menyebabkan sejumlah kematian.

7. Setakat ini empat suspek serangan telah ditahan termasuk seorang wanita. Kematian dilaporkan di dua lokasi iaitu Masjid Al Noor di Deans Ave, dan Masjid Linwood di Linwood Ave.

8. Kami telah menggerakkan setiap anggota polis di sekitar Canterbury dan kami juga dalam proses mengerahkan setiap anggota polis di seluruh negara supaya menjaga keselamatan orang awam,” tambah Bush.

9. Menurut seorang penduduk Moath Owaidah, dari New Zealand Islamic Union Trust, berkata para jemaah di masjid Al Maktoum berdekatan Lapangan Terbang Auckland baru saja keluar dari masjid selepas solat Jumaat ketika mereka menerima khabar tentang serangan itu.

Polis Australia mengenal pasti peng-ga-nas Bren-ton Tarr-ant, warga Australia berkulit putih berusia 28 tahun. Susulan itu laman sosial Twitter telah menutup akaun yang menggunakan nama itu.

Tarrant merupakan seorang penuntut di sebuah sekolah menengah dan kemudiannya bekerja di sebuah jimnasium, di mana beliau sering memberi latihan fizikal percuma kepada kanak-kanak di situ.

Sumber:
1. Astro Awani
2. Harian Metro
3. Utusan Online

1 comment:

  1. Sedih sangat.Moga mereka yang terkorban syahid.Moga syurga ganjaran mereka.Allahu.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.