Header Ads

Jika Kau Rasa Sempit Dan Serabut Jiwa...


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jika Kau Rasa Sempit Dan Serabut Jiwa...
Renungan, jika kau serabut jiwa.. maka berzikirlah. Jika sempit dadamu, berzikirlah. Kerana hanya dengan berzikir (mengingati Allah) hati menjadi tenang! Jika kita merasakan diri banyak dosa, maka amalkan zikir dan perbanyak sedekah. Semoga segala dosa yang bersarang dalam diri dapat diampuni oleh Allah.

Kita ni manusia yang tak sempurna. Dalam 24 jam sehari, ada je dosa-dosa yang dilakukan waima terdetik di hati rasa iri kepada orang lain pun dah tak bagus. Dosa dalam diri atau nampak di luaran.. semua pun dikira. Bayangkan berapa banyak dosa kita dalam sehari?? Maka dari itu, zikir merupakan salah satu cara kita memohon ampunan terhadap dosa-dosa kita.


Jika Kau Rasa Sempit Dan Serabut Jiwa... 


Berzikir ada banyak bentuk, caranya. Boleh berzikir selepas solat fardhu, boleh juga berzikir jika ada kelapangan. 

Contohnya seperti pada waktu rehat, pada ketika memandu dan jalan jammed, atau ketika berbaring menunggu mata mengantuk.

Berzikirlah sebanyak mana kamu mahu kerana nanti hatimu tenang, serabut hilang dan wajah berseri-seri.

Salah satu zikir yang boleh menghilangkan segala risau, serabut, dan hati yang gelap adalah dengan amalkan zikir Nabi Allah Yunus.

Jika Kau Rasa Sempit Dan Serabut Jiwa

"Jika kau merasa sempit dadamu, gelap hatimu dan serabut jiwamu. Zikirlah seperti di bawah;

Laa ilaaha illa anta, subhaanaka inni kuntuu minazzolimiin..

”Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”. (Al-Anbiya’ : 87).

Zikir Nabi Yunus ketika beliau ditimpa ujian, ketika dia buntu dan hati risau.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.