Header Ads

FFM 30 Filem 1, 2 Jaga Menang Filem Terbaik


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. FFM 30 Filem 1, 2 Jaga Menang Filem Terbaik
FFM 30 Filem 1, 2 Jaga Menang Besar. Filem festival Malaysia ke 30 telah berlangsung pada malam tadi. Diacarakan oleh Adibah Nor dan Nabil Ahmad. Siaran langsung dipancarkan dari saluran Astro Ria dan Astro HD 123.

Ramai juga penyampai anugerah dari kalangan artis popular seperti Faizal Hussein, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Norman KRU, Zul Ariffin, Umie Aida, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Penyanyi jemputan pembukaan FFM 30 adalah Jaclyn Victor dan Aliyah. Dan, dalam pertengahan acara, DS Siti Nurhaliza tampil menyampaikan nyanyian sehingga mendapat sambutan hangat.

FFM 30 Filem 1, 2 Jaga Menang Filem Terbaik 



Antara anugerah yang dimenangi oleh filem 1, 2 Jaga adalah pengarah terbaik, filem terbaik dan pelakon lelaki terbaik.

Senarai pemenang anugerah utama:

Anugerah Khas Juri 1 : PASKAL The Movie
Anugerah Khas Juri 2 : Vasegundu Pasangge
Anugerah Khas Juri 3 : Buskers
Filem terbaik : 1, 2 Jaga 
Pengarah terbaik : Namron, filem 1, 2 Jaga
Pelakon lelaki terbaik : Rosdeen Suboh, filem 1, 2 Jaga
Pelakon wanita terbaik : Umie Aida, filem Dukun
Cerita asal terbaik :  1, 2 Jaga
Lakon layar terbaik : 1, 2 Jaga
Pelakon pembantu lelaki : Hasnol Rahmat, Polis Evo 2
Pelakon pembantu wanita : Nabila Huda, filem Makrifat Cinta
Pelakon Kanak-kanak terbaik : Eng Wei Jie , filem The Rise Legend
Lagu Tema Terbaik : Monoloque , Atma Jiwa - Filem Buskers
Pelakon wanita harapan : Jaya Ganeesan, filem The Farm
Pelakon Lelaki harapan : Kyo Chen, filem Guang
Sinematografi terbaik : Yeong Tuck Way, filem Guang
Pengarah Harapan : Quek Shio Chuan , filem Guang

Semoga anda semua terhibur. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.