Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kronologi Tragedi Gas Beracun Tercemar Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor

Kronologi Kejadian Gas Beracun Tercemar Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor. Ya Allah. Jom sahabat semua, kita pray, berdoa untuk keselamatan penduduk sekitar Pasir Gudang Johor yang kini sedang berhadapan dengan musibah pencemaran gas beracun Metana yang dibuang oleh manusia yang tak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim, Johor. Inilah manusia yang tak bertanggungjawab yang membuang sisa toksik ke dalam sungai untuk kepentingan diri mereka sendiri!!

Gas metana antara gas yang mengandungi racun dan meninggalkan kesan seperti gatal-gatal badan, loya, sakit tekak, sakit mata, sakit dada, bagi sesiapa yang terhidunya. Gas beracun ini boleh disebarkan oleh angin dan hujan yang kebelakangan ini juga melanda kawasan sekitar kejadian.

Kronologi Tragedi Gas Beracun Tercemar Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor

Sehingga hari ini telah masuk hari ke lima, pencemaran gas metana ini telah melibatkan hampir 900 pelajar dan 9 sekolah di sekitar Pasir Gudang.


Kronologi Kejadian Gas Beracun Tercemar Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor


Berikut kronologi kejadian yang mencemaskan warga Pasir Gudang khasnya dan penduduk sekitarnya. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pembuangan bahan kimia daripada sebuah lori tangki ke dalam Sungai Kim Kim oleh pihak yang belum dikenal pasti, kira-kira jam 2 pagi Khamis.

Info Gas Methana - Gas metana tak ada bau dan warna. Metana dalam bentuk cecair kalau terkena pada kulit menyebabkan keradangan (frost bite). Kalau terkena pada mata boleh menyebabkan kerengsaan, mata pedih.

Kalau melalui pernafasan atau terhidu gas metana ni dalam kuantiti yang banyak. Boleh menyebabkan pengsan, pening dan pitam, mual dan muntah.

Badan jadi lemah. Gas ni juga meningkatkan kadar degupan jantung, disebabkan dari gas tu berada dalam paru-paru. Ini dipanggil asphyxiation atau kelemasan.

Metana ni tak bertoksik, menghidu dalam konsentrasi yang rendah dan pendedahan masa (exposure limit) yang singkat tak membawa bahaya hingga menyebabkan kematian.

Kronologi Tragedi Gas Beracun Tercemar Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor

1. 7 Mac 2019 - Pencemaran di Sungai Kim Kim memang selalu, seminggu sekali air akan bertukar warna kuning, tetapi pada hari ini yang paling teruk sampaikan air bertukar hitam.

2. Pencemaran gas dan sisa pembuangan kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang tersebut, merupakan insiden paling buruk dihadapi penduduk sekitar dan baunya masih dapat dihidu para penduduk sehingga hari ini.

3. Media sebelum ini melaporkan 1,400 pelajar di SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih diarah mengosongkan kawasan sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu (7/3/2019) apabila beberapa pelajar muntah dan pengsan selepas terhidu gas metana.

4. Secara keseluruhan setakat 7/3/2019, seramai 79 mangsa dirawat di hospital akibat pencemaran gas itu dengan empat orang, termasuk dua pelajar SMK Pasir Putih, seorang pengusaha kantin dan seorang pemandu ambulans masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

5. 9 Mac 2019 - Polis Johor menerima lima laporan polis membabitkan kes pembuangan sisa kimia secara haram yang dikenal pasti sebagai gas metana di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pihaknya kini bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri bagi mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sisa bahan kimia berbahaya berkenaan.

6. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan kerana menjadikan udara berbahaya kepada nyawa manusia. Katanya, ia juga disiasat mengikut Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana cuai berkenaan bahan beracun sehingga membahayakan nyawa manusia.

7. 12 Mac 2019 - Sebanyak 13 buah sekolah akan ditutup bermula 13 Mac (Rabu) susulan insiden pencemaran pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lepas.

8. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, sekolah-sekolah berhampiran Pasir Gudang itu akan ditutup sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

9. Sekolah-sekolah tersebut adalah SK Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, SK Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Tanjung Puteri Resort, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

10. Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan tiada sebarang kematian akibat dari kejadian pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru seperti yang tular di media sosial. Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz turut menafikan penularan kenyataan melalui Whatsapp mengenai pengisytiharan Red Alert oleh pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang turut tular pada Selasa.


11. 12 Mac 2019 - DUA pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan disyaki terbabit dalam pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lalu. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 34B Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman denda RM500,000 dan penjara lima tahun.

12. SEJAK kejadian pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, berlaku Khamis 7/3/2019 lalu, ramai individu menularkan beberapa kenyataan bercanggah hingga boleh menyebabkan panik. Ada yang menyebarkan khabar angin mengatakan ada mangsa yang telah meninggal dunia adalah tidak benar.

13. [UPDATE!!]13 Mac 2019 - SELEPAS kerajaan negeri mengumumkan 13 sekolah ditutup, dua lagi sekolah di Taman Scientax, Pasir Gudang berkemungkinan berdepan situasi sama apabila pelajar di sekolah itu mengalami simptom sesak nafas, pening, loya dan muntah akibat terhidu gas kimia dari Sungai Kim Kim.

14. Jika sebelum ini kandungan gas metana yang tinggi dalam udara dikatakan jadi punca keracunan, Astro AWANI menerima maklumat bahawa bukan hanya gas tersebut yang menjadi faktor penyumbang. Sumber memberitahu, terdapat beberapa bahan kimia atau toksik berbahaya yang terkandung di dalam air Sungai Kim Kim, termasuk hidrogen klorida, sulfur dioksida, benzena dan hidrogen sianida.

15. Jumlah keseluruhan mangsa setakat pagi ini 13 Mac 2019 ialah seramai 566 Orang.

16. Jumlah sekolah diarah tutup setakat 13 Mac 2019 adalah 34 sekolah. MRSM Johor Bahru juga diarah tutup.

34 sekolah diarah tutup

Senarai sekolah diarahkan tutup setakat 13 Mac 2019

1. Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih
3. Sekolah Kebangsaan Pasir Putih
4. Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort
6. Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2
7. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai 2
8. Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai
10. Sekolah Kebangsaan Kota Masai
11. Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh
12. Sekolah Agama Kampung Pasir Putih*
13. Sekolah Agama Taman Pasir Putih*
14. Sekolah Kebangsaan Scientex
15. Sekolah Kebangsaan Taman Mawar
16. Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai
17. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 1
18. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Cendana
19. Sekolah Seni Malaysia
20. Sekolah Menengah Scientex
21. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia
22. Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Gudang 4
23. Sekolah Kebangsaan Nusa Damai
24. Sekolah Kebangsaan Kopok
25. Sekolah Kebangsaan Cahaya Masai
26. Sekolah Kebangsaan Taman Cendana
27. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2
28. Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3
29. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2
30. Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Timur
31. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3
32. Sekolah Kebangsaan Masai
33. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang
34. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 4

17. [UPDATED] - SEMBILAN lagi sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor, ditutup menjadikan keseluruhan 43 sekolah dikenakan perintah berkenaan sehingga 7 malam tadi.

18. Sehingga kini, lebih kurang 111 sekolah telah diarah tutup.


Semoga kita semua berhati-hati dengan kesihatan masing-masing, ikut arahan pihak berkuasa dan berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda terkena gas beracun metana.

Semoga pihak berkuasa dapat mengangkap dalang yang membuang sisa toksin berbahaya itu hingga menimbulkan keadaan tegang kepada masyarakat sekitar Pasir Gudang Johor.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close