Header Ads

Teh Ais Lava, Sedapnya Hilangkan Dahaga!


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Teh Ais Lava, Sedapnya Hilangkan Dahaga!
Teh Ais Lava, Sedapnya Hilangkan Dahaga! Memanglah sedap teh ais lava ni, rasa, warna merah pekatnya, rasa lemak susunya dan sejuk yang menyegarkan.. memang semua orang akan suka. Kami anak beranak pun suka. Oleh kerana saiz cawan yang besar, kami beli dua saja. Boleh kongsi anak beranak. 

Teh ais lava ni lebih kurang sama dengan teh ais madu yang viral tempohari. Mungkin owner kedai nak kelainan, maka letak nama teh ais lava! Mungkin je.. kami pun tak tanya.

Teh ais dan teh tarik tak boleh minum selalu ya, bahaya untuk kesihatan.

Tadi lupa pulak nak mintak resepi teh ais lava ni. Lain kali kut boleh tanya. Haha..

Teh Ais Lava, Sedapnya Hilangkan Dahaga!


Teh Ais Lava, Sedapnya Hilangkan Dahaga!

Saja nak share dengan you all.. yang gemarkan teh ais. Sekarang ni macam-macam ada. Ada yang namanya teh ais madu viral, teh ais dhaka, teh ais layer dan yang saya minum ni teh ais lava! Haha.. tak ada lah mengalir tak henti macam lava gunung berapi. Tapi yang pasti, rasa manisnya yang kekal sampai ais jadi cair tu yang mungkin dimaksudkan dengan "lava". 

Tapi, nak minum sekali sekala tak apa. Tak boleh selalu. Dahlah saiznya besar, manis dan agak mahal. Harga saiz besar secawan plastik adalah RM6.00.

Bukan nak cerita tang harga pun, cuma nak habaq yang teh ais dan teh yang sewaktu dengannya adalah antara penyebab utama rakyat Malaysia dihinggapi penyakit kencing manis!!

1 comment:

  1. Setuju. Sesekali ok .Yang ada tak tahan minum teh ..kembung perut.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.