Header Ads

Pemandangan Indah Tasik Biru, Damai Dan Tenang Tapi Berbahaya


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Pemandangan Indah Tasik Biru, Damai Dan Tenang Tapi Berbahaya
Pemandangan Indah Tasik Biru, Damai Dan Tenang. Tasik Biru adalah tinggalan kuari yang digali dalam sehingga menerbitkan air berbentuk tasik di mana airnya berwarna biru bila dipandang dari atas.
Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit.
Saya pergi ke kawasan tersebut kerana buat lawatan tapak, kerana Tasik Biru di Kangkar Pulai itu terletak berdekatan dengan projek syarikat saya berkerja. Actually tempat ini dah popular sejak beberapa tahun ini tetapi saya je yang tak berapa nak ambil 'port' sebab tahu ianya dekat dengan tempat tinggal, bila-bila masa boleh pergi.. hehe

Pemandangan Indah Tasik Biru, Damai Dan Tenang 


Pemandangan Indah Tasik Biru, Damai Dan Tenang Tapi Berbahaya


Oleh kerana kami dapat naik ke atas dengan kenderaan syarikat.. ianya amat mudah bagi kami. Maka, dari niat asal cuma melawat tapak projek, jadi pula sebagai tempat shooting video dan menyimpan potret kenangan.. haha

Jom layan gambar-gambar tasik dan sekitarnya..



Kalau tengok dari atas, memang airnya nampak biru. Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.

Tasik kuari mungkin berkedalaman lebih kurang 2 meter ke 20 meter dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong.

Rakan sekerja ada yang pernah bawa pulang ke pejabat air dari tasik biru tersebut namun warnanya memang jernih putih. Bukanlah berwarna biru. Tapi cuci bersih tangan anda selepas merasai air tersebut kerana akan ada kesan gatal pada kulit jika tak dicuci bersih. Hati-hati ya..




Mountain rock! Haha..




Laluan sebelum sampai ke tasik biru. Oleh kerana kami menggunakan kenderaan, maka akan melewati kawasan berbatu bonggol ni.. aneka bentuk batu batan ni.. jika anda memanjat dan mendaki dengan berjalan kaki.. anda tak akan melalui kawasan batuan ini. Hehe..

Kalau nak daki kena bawa bergelen air, sebab kawasan tersebut agak panas.

Jika nak mendaki, kena ada orang yang guide laluan tu ya, jangan sesuka hati menceroboh kawasan orang. Takut anda tak ketemu jalan pulang pula.. be careful!!

2 comments:

  1. lawanyaaa tasik biru ni. boleh lah pergi nnt photoshoot sini. heheh

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.