Header Ads

Kenali Karekter Anak-Anak Dalam Keluarga


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Kenali Karekter Anak-Anak Dalam Keluarga
Kenali Karekter Anak-Anak Dalam Keluarga. Dan jangan lupa selami dunia mereka. Mereka tak faham kita tetapi sepatutnya kita yang memahami mereka. Sebab, mereka dah berada bersama kita sejak lahir lagi.. jadi, kitalah yang kena ambil inisiatif untuk kenali karakter mereka.

Anak-anak tidak suka dipaksa. Mereka sukakan sesuatu yang spontan, menyenangkan dan membuat mereka gembira. Sebab itu kanak-kanak sukakan benda yang manis, berwarna warni dan unik. Dekati peribadi mereka mengikut rentaknya tetapi kitalah yang menyediakan acuannya agar tak terbabas dari landasan.

Kenali Karekter Anak-Anak Dalam Keluarga

Kenali Karekter Anak-Anak Dalam Keluarga Dan Selami Dunia Mereka


Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa:

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap.

2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada anak lelaki

3. Bermain dengan anak-anak meningkatkan kegembiraan emosi mereka

4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan bapak. Main ultramen, pergi padang. Kalau anak lelaki tak dapat fizikal touch dia akan suka bergaduh dengan adik-adiknya

5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan parent.

6. Anak-anak pun stress sebab tak keluar rumah. So, cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah. Biar terpaksa berkorban masa lunch kita sikit untuk menjenguk anak di rumah atau sekolah, jika berkesempatan

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)

8. Anak lelaki mempunya potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakkan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka

9. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik

10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.

Apalagi.. jom share dengan kawan-kawan kita yang bergelar ibu bapa. Sewaktu anak-anak sedang membesar terutamanya pada peringkat umur dari 6 tahun hingga 18 tahun.. bergaul rapat dengan mereka. Bercerita lah apa saja, kongsi kisah di pejabat pun tak apa. Kisah yang ringan la, nanti stress pulak dia orang dengar kisah kita bergaduh dengan pelanggan.. haha

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.

Sumber: FB Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.