Header Ads

Resepi Pucuk Paku Tumis Ikan Bilis


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Pucuk Paku Tumis Ikan Bilis
Resepi pucuk paku tumis ikan bilis - Berasa lama tak makan tumis pucuk paku, hari ni lepas keinginan. Pucuk paku sedap dimasak lemak cili padi dan juga tumis ikan bilis. Inilah resepi yang selalu saya masak jika beli pucuk paku. Antara pucuk paku daun merah dan hijau, saya lebih suka yang hijau. Rasanya lebih lembut bila dikunyah. Hehe..

Resepi Pucuk Paku Tumis Ikan Bilis 

Pucuk paku tumis ikan bilis. Sayur kegemaran saya juga. Tapi anak-anak tak suka. Saya akan makan dan ratah macam gitu aje bila rasa kurang pedas. Dapat satu mangkuk, puas rasa... hehe 

Resepi Pucuk Paku Tumis Ikan Bilis

Masak tumis pucuk paku dengan sotong. Pun sedap. Kalau kena dengan gaya saya, letak cili padi lebih sikit. Buat pedas-pedas. Makan dengan nasi putih aje dah cukup.

Resepi Pucuk Paku Tumis Ikan Bilis

Resepi Pucuk Paku Tumis Ikan Bilis


Bahan-bahan:

2 ikat pucuk paku - basuh dan toskan
15 ulas cili padi *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup *
4-5 ulas bawang kecik *
Sejemput ikan bilis(basuh sekejap )*

Caranya:

1. Tumbuk semua bahan bertanda *, kemudian tumis sehingga kekuningn

2. Masukkan pucuk paku dan gaul rata, letak air sikit untuk jadi kuah. Jangan letak banyak sgt air, sebab tujuan asal cuma nak tumis pucuk paku dengan ikan bilis.

3. Biar 5 minit , bubuh garam dan perisa (jika suka), gaul rata lagi.

4. Pucuk paku tumis dengan ikan bilis siap dihidang.


Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.