Header Ads

Resepi Tomyam Campur Dengan Kupang Ringkas Dan Sedap


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Tomyam Campur Dengan Kupang Ringkas Dan Sedap
Resepi Tomyam Campur Ringkas Dan Sedap. Tomyam campur adalah salah satu menu sampingan yang kami pasti order bila makan di restoran makanan laut. Rasa tomyam yang segar, masam dan manis memang amat menambahkan selera. Dan, kami akan cari restoran yang hidangkan tomyam campur dengan ada kupang di dalamnya. Hinggakan dah tahu mana port makan atau seafood restaurant yang menepati citarasa kami. Hehe..

Ada  bermacam ragam orang yang suka makan tomyam. Order macam-macam tapi bila tomyam sampai kata kenapa letak serai. Bukan ke orang masak tomyam memang letak serai. Sampai bergaduh dibuatnya. Haha..

Resepi Tomyam Campur Ringkas Dan Sedap

Resepi Tomyam Campur Dengan Kupang Ringkas Dan Sedap


Jom kita tengok resepi ringkas tapi sedap dan segar cara masak tomyam campur. Dalam resepi ni, bahan asas yang jadi tomyam campur adalah sotong, udang dan ayam.

BAHAN-BAHANNYA:

2 ekor sotong saiz sederhana, dibersihkan dan kerat gegelang
10 ekor udang saiz sederhana besar, dibersihkan, cuci dan tos
1 mangkuk dada ayam - hiris nipis
1 mangkuk kupang yang telah dicuci
1 batang saleri, hiris serong
8 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap kuntum
1 biji bawang besar, belah 4
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 biji tomato, belah 6
1 pokok daun ketumbar, dicuci bersih
10 biji cili padi siam warna merah, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
2 camca besar penuh pes tomyam jenama "LIFE"
2 biji limau nipis, diperah jusnya
Sos ikan secukup rasa @ garam
2 liter air rebusan tulang ayam @ air biasa
Sedikit gula
Hirisan daun ketumbar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA;


1. Masukkan air ke dalam periuk, tambah pes tomyam, serai, daun limau purut, lengkuas titik, cili padi, daun ketumbar dan bawang besar. Kacau rata dan biar mendidih.

2. Masukkan saleri dan cendawan. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata dan masukkan kupang serta sotong dan perasakan dengan sos ikan secukupnya atau garam. Masukkan sedikit gula. Biar mendidih.

3. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau nipis, rasa dan jika kurang masam tambah lagi. Biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas..

Selamat mencuba resepi tomyam campur yang sedap dan segar.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.