Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

12 Waktu Mustajab Doa, Rebutlah Peluang Ini!

12 waktu mustajab doa. Ingatlah 12 waktu yang akan saya senaraikan di bawah ini. Kalau tak ingat semua waktunya, ingat separuh pun dah cukup bagus. Mustajab maksudnya mujarab, apa yang kita minta akan dimakbulkan, dengan izin Allah.


Kita tak tahu siapa di antara kita yang mustajab doa-doanya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin si pengemis di tepi jalan, mungkin juga seorang anak muda yang luhur dan lurus jalan hidupnya. Atau mungkin seorang kaki maksiat yang telah bertaubat dalam senyap! Kita tak tahu pun..

12 Waktu Mustajab Doa, Rebut Peluang Ini!

Jadi, apa yang boleh kita rebut adalah pilih waktu yang mustajab doa. Walau kita ni tak lah baik sangat, paling tidak kita berusaha berdoa dalam waktu yang mustajab itu. Dengan izin Allah, mungkin ada satu atau lebih doa-doa kita yang Allah pilih dan angkat ke langit.

12 waktu mustajab doa


Yang kita biasa dengar doa yang mustajab adalah doa orang yang teraniaya dan dan orang yang sedang berpuasa. Namun bilakah waktu-waktu mustajab doa? Jom lihat senarainya di bawah.

1. Ketika hujan
2. Ketika hari Arafah
3. Selepas solat fardhu
4. Ketika sepertiga akhir malam
5. Ketika berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
6. Hari jumaat, antaranya ialah selepas asar dan sebelum maghrib
7. Ketika ajal tiba
8. Ketika lailatul qadar
9. Ketika sujud di dalam solat
10. Ketika antara azan dan iqamah
11. Sebelum memberi salam ketika solat
12. Ketika bangunnya seseorang yang sebelum tidur du malam hari, dia bersuci dan berzikir kepada Allah

Itulah dia 12 waktu yang mustajab doa yang kita boleh amalkan, dan sebarkan. Agar lebih ramai sahabat dan saudara kita yang tahu.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close