Header Ads

Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu, Cara Buatnya Amat Mudah!


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu, Cara Buatnya Amat Mudah!
Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu. Sebenarnya mudah je nak buat pengat atau bubur pisang. Atau pengat apa sekalipun, seperti pengat keladi, keledek, labu dan sebagainya. Teramat mudah ya puan-puan.. saya pun pakar. Haha...

Tapi taklah selalu saya masak pengat ni. Kalau dalam bulan puasa seminggu sekali saya buat. Selalu pengat pisang la.. bila tak habis simpan dalam peti ais. Makan bila dah sejuk pun sedap.

Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu, Cara Buatnya Amat Mudah!

Kalau tak kenal pisang nangka, di bawah ni saya sertakan gambarnya. Walau warna kulitnya hijau, sebenarnya dia dah masak..

Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu, Cara Buatnya Amat Mudah!

Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu, Cara Buatnya Amat Mudah!
Gambar hiasan

Resepi Pengat Pisang Nangka Dengan Biji Sagu


Bahan bahan:

10 biji pisang nangka - hiris serong
1 kg santan
3 keping gula Melaka
2-3 senduk gula pasir
Garam
3 helai daun pandan - koyak dan simpul
1/2 cawan biji sagu, putih dan merah, jika suka

Cara-caranya: 

1. Masak santan cair dengan pisang dan daun pandan sehingga pisang nampak dah lembut. Selalu dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak.

2. Sebelum itu, masak gula Melaka dan gula pasir untuk dijadikan air gula. Bila pisang dah lembut, masukkan air gula tadi. Masukkan sedikit demi sedikit dan rasakan kemanisannya dulu. Boleh ditambah kemudian jika terasa masih kurang manis. Kacau rata.

3. Basuh sagu dan tos. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih. Angkat dan tos. Lalukan dibawah air paip sambil dikacau untuk membuang sedikit sagunya.

4. Akhir sekali masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat yang telah ditutup api. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba. Ada banyak jenis pisang yang boleh dibuat bubur atau pengat. Antaranya pisang tanduk, pisang nipah, pisang beringin dan banyak lagi. 

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.