Header Ads

Apa Itu Ujian, Azab Dan Istidraj?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Apa Itu Ujian, Azab Dan Istidraj?
Apa Itu Ujian, Azab Dan Istidraj? Ujian kepada setiap makhluk berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang uji dari segi kewangan, kesihatan, emosi fizikal dan mental dan sebagainya. Baik atau buruk yang menimpa kita juga merupakan ujian, samada ujian itu untuk kita di sekitarnya atau kepada diri yang melaluinya. Sebab itu kita kena sentiasa bersangka baik terhadap ujian yang Allah turunkan kepada kita atau orang di sekeliling kita.


Azab pula boleh menimpa sesiapa saja, samada kita yang berbuat baik atau jahat, dan kesannya ditanggung oleh orang di sekitar kita, orang lain yang buat jahat atau maksiat, pun boleh terkena kepada orang yang di sekitar kita.

Sebab itu kita sama-sama kena cegah jenayah, maksiat, benda-benda yang melalaikan agar kita sama-sama terselamat dari azab yang Allah turunkan. Wallahu'alam.

Apa Itu Ujian, Azab Dan Istidraj?


Apa Itu Ujian, Azab Dan Istidraj?


Ujian adalah musibah yang datang walau kamu rajin beribadah atau taat menuruti perintah Allah. Ujian diturunkan untuk menguji keimanan, kesabaran, dan kecintaan kepada Allah serta menaikkan darjat seseorang hamba kepada TuhanNya.

Azab pula bencana atau masalah yang datang tatkala kamu selalu melakukan dosa dan meninggalkan perintahnya. Tujuannya sebagai hukuman dan juga peringatan keras untuk kembali taat pada perintah Allah.

Istidraj ialah orang yang tak solat, puasanya tak penuh, kaki maksiat, berpoya-poya, namun rezeki lancar, sihat, dan urusan dunia lancar. Bertujuan untuk memberi seksa yang pedih pada hari pembalasan kelak.

Semoga sedikit perkongsian ini memberikan kita kefahaman tentang ujian, azab dan istidraj dalam kehidupan kita.

Ada yang kita buat hari ini samada yang baik atau jahat boleh terkena kesannya kepada orang di sekitar kita seperti adik beradik, ibu bapa dan sahabat handai pada masa akan datang.

Semoga bermanfaat dan kongsikan bersama..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.