Header Ads

Cara Download Al Quran MP3 30 Juzuk Dan Tafsirannya Dalam Bahasa Melayu


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Download Al Quran MP3 30 Juzuk Dan Tafsirannya Dalam Bahasa Melayu
Cara Download Al Quran MP3 30 Juzuk Dan Tafsirannya Dalam Bahasa Melayu. Dah lama saya cari al Quran dalam format MP3 yang boleh di dengar dan di pasang sepanjang masa kita perlu walau tak ada internet. Maknanya, offline pun boleh digunakan. Dan akhirnya pencarian saya menemui jalannya. Alhamdulillah..

Mana nak dapat atau nak download al Quran 30 juzuk dalam bentuk MP3.? Mudah saja. Anda ikuti tulisan saya ni sampai habis ya.

Ketika nak download MP3 tu kenalah ada data dan memori yang cukup di telefon anda ya.

Cara Download Al Quran MP3 30 Juzuk Dan Tafsirannya Dalam Bahasa Melayu


Mulanya, anda klik pada link di bawah ini;

https://islamiques.net/download-mp3-al-quran-full-30-juz/


Kemudian, scroll down sampai bawah, ikuti arahan sampai anda jumpa macam dalam gambar ini,

Cara Download Al Quran MP3 30 Juzuk Dan Tafsirannya Dalam Bahasa Melayu

Klik pada link mengikut anak panah. Anda akan terus diarahkan kepada surah-surah.. bermula daripada al Fatihah sampailah surah yang akhir sekali An Nas.

Download sampai habis. MP3 al Quran 30 juzuk dan tafsirannya ini boleh di simpan dalam playlist telefon anda. Kena download satu persatu sampai semua surah anda download. Namun jika memori telefon anda tak muat, download surah-surah penting je pun tak apa.

Tak ada data internet pun masih boleh guna al Quran MP3 ini. Tapi... masa nak download kenalah ada data, kalau tidak, tak boleh lah nak download MP3 al Quran ni.. hihi

Saya simpan dalam playlist seperti di bawah.. klik pada arahan anak panah tu..


Setelah di download, macam nilah playlist saya. Klik pada mana-mana surah yang anda nak dengar.


Dah siap. Dengar bacaan dan tafsirannya sekali, rasa sayu sangat. Semoga Allah melimpahi rahmat, taufik dan hidayahNya kepada kita.

Aameen YRA..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.