Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga

Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga. Ni memang first time masak lemak cili api telur itik (telur masin). Biasa saya buat pakai telur ayam je. Tak tahu apalah rasanya nanti. Hajat memang besar, beli 6 biji telur masin dan nak dimasak semua. Kalau anak-anak tak suka, dia boleh makan kuahnya je.. haha

Telur itik ni saiznya besar, bila masak sikit pun nampak banyak.

Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga

Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga

Saya pecahkan 3 biji dulu, pun dah macam nak penuh dalam kuali. Bila masak lemak cili api guna telur masin, dah tak payah tabur garam. Semua dah cukup. Kalau kuah rasa pedas sikit, campurkan sedikit gula.

Masak Lemak Cili Api Telur Masin Untuk Keluarga


Sambil masak hidangan hari ni sebelum pergi kerja, saya sempat goreng ikan siakap. Goreng garing-garing.


Ikan ni sedap ratah bila digoreng garing. Sebab itu kena goreng banyak sikit..

Sayur pula saya sediakan boncis goreng telur. Anak bujang saya suka lauk ni.


Memang dah sah, bujang kecik saya memang la tak sentuh telur itik tu. Tapi yang peliknya kuah dia ambil, siap kata sedap pulak tu.. hehe



Tak sia-sia saya masak lemak cili api telur masin untuk family walau baru pertama kali cuba. Lain kali boleh masak lagi sebab ramai yang suka rupanya..

Selamat bersantai dan menjamu selera bersama keluarga. Dalam rumah pun okay..

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh..sedap ni sis:) masak lomak telur itik ni memang feveret org nogori..cuma depa taklah guna telur asin, telur itik biasa je..memang mantap kalau dapat makan dgn nasi panas2 kann..hehehe..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close