Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ubi Rebus Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis, Memang Terbaik!

Resepi Ubi Rebus Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis, Memang Terbaik! Inilah menu yang sedang saya bayang-bayangkan ketika melayan perut lapar kat office tadi. Tapi tiba-tiba ada banker singgah office bawak ubi goreng. Macam tau-tau je, tapi kurang tepatlah instinct dia orang. Ubi goreng pun jadilah, mana nak dapat ubi rebus petang hari gitu. Ya dak?

Cara masak ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis

Cara masak ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis


Ada beberapa jenis ubi kayu namun tak semuanya sedap direbus. Ada yang keras dan pahit, ada pula yang rasanya tawar langsung. Lebih sedap dijadikan kerepek ubi. 

Ubi kayu yang sesuai untuk dibuat kerepek adalah ubi kayu dari jenis isinya berwarna kuning dan berumur tidak lebih dari 8 bulan. Ubi kayu yang isinya berwarna putih tidak sesuai untuk dibuat kerepek. Jika dibuat kerepek juga rasanya keras lebih-lebih lagi yang sudah tua jadi kayu. Ubi kayu isi putih amat sesuai untuk direbus cicah dengan sambal tumis, dibuat kuih-muih seperti bingka, pengat, tapai dan pelbagai jenis kuih tradisional melayu yang lain. 

Resepi Ubi Rebus Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis, Memang Terbaik!


Haha!!

Kita buat resepi ubi rebus sambal tumis ikan bilis. Memang semua orang boleh buat tapi nak dapat sambal tumis yang awesome dan legend memang susah.

Cara Masak Ubi Rebus


● 5 ketul ubi kayu putih - buang kulit dan bersihkan

1. Masukkan ubi kayu dalam periuk. Isikan 3/4 air dalam periuk. Taburkan sedikit garam, sebagai perisa.

2. Bila ubi dah merekah, cucuk dengan garpu atau lidi, jika sudah masak, matikan api.

3. Toskan ubi agar tak berair bila nak dimakan.

Cara Masak Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan-bahan:

1 cawan cili kering - yang dah potong dan rendam lermbut
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inc belacan

**Semua bahan di atas ini di kisar halus

1 cawan ikan bilis ~ di goreng garing
4 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1/2 cawan air asam jawa

Cara-caranya:

1. Tumiskan bahan kisar hingga garing. Bila dah garing dan terbit minyak, masukkan air asam jawa dan masak lagi. 

2. Masak sambal biar lama ya, minyak banyak untuk sambal tahan lebih lama

3. Bila dah garing, masukkan garam dan gula. Biar dia masak lagi hingga terbit minyak.
4. Tutupkan api. Biarkan sambal sejuk sedikit, baru masukkan ikan bilis yang di goreng tadi. 

5. Sedia di hidangkan bersama ubi rebus yang lembut dan lemak.

Cara masak ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis

Dapat macam ni petang-petang, pun sedap. Duduk kat pangkin bawah pokok rambutan. Hehe.. berangan kejap.. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close