Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Spekulasi Sebab Dato' Osman Sapian Meletak Jawatan MB Johor

Dato' Osman Sapian Meletak Jawatan MB Johor. Apakah sebabnya? Adakah MB Johor itu meletak jawatan disebabkan desakan sesetengah pihak? Tetapi siapakah mereka yang berada di sebalik tembok itu? Apakah ada campurtangan pihak tertentu kepada terjadinya keputusan tersebut?

Sementara itu, saya kongsikan biodata Dato' Osman Sapian bekas MB Johor. YAB Dato' Haji Osman Sapian merupakan  ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim Ismail di Istana Bukit Serene pada 12 Mei 2018. Tidak sampai setahun, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa 8 April 2019. »» sumber wikipedia

Spekulasi Sebab Dato' Osman Sapian Meletak Jawatan MB Johor

Dato' Osman Sapian memiliki 7 orang anak. Lahir pada 24 Disember 1951 (68 tahun - 2019). 

Dato Osman Sapian Meletak Jawatan MB Johor


Dato' Osman Sapian adalah Menteri Besar Johor yang ke 16. Tahun 2019 ni, hampir setahun menjadi MB. Tetapi mengapakah beliau meletakkan jawatan? 

Mari kita lihat sedikit analisis mengapakah perkara ini berlaku;

1. Tipu ijazah/ kelayakan pendiidkannya - pada mulanya menafikan. Kemudian mengakui bahawa beliau tidak memiliki kelayakan pendidikan yang dicanangkan. Dah nampak integritinya kat situ agak lemah..

"Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, hari ini mengakui beliau tidak menamatkan pengajian ketika menuntut di Kolej Pertanian Malaya, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi Universiti Pertanian Malaysia (UPM)."

“Untuk makluman, saya pernah mengikuti pengajian di Kolej Pertanian Malaya sebelum dinaik taraf kepada UPM, namun tidak menamatkan pengajian. »» sumber MalaysiaKini

2. Kurang berkesan atau kurang bijak menangani masalah dalam negeri Johor. Contohnya masalah pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang menjadi 'kemarahan umum', kemudian boleh pula meneruskan cutinya yang telah dirancang ke Batam, ketika keadaan dalam negeri sedang agak bergolak dan cemas..

3. Membuat keputusan membuta tuli? Perihal membuat lawatan kawasan sempadan laut Singapore dan Johor tanpa kebenaran. Konon nak melihat perairan sempadan, akhirnya kena halau oleh pasukan laut Singapura. »» Baca selanjutnya..

4. Istana Johor pun macam tak berpuas hati dengan Dato Osman Sapian yang kurang mesra dengan pihak istana hinggakan TMJ kata sultan Johor dah lama nak menukar MB nya.

Adakah kerana sebab-sebab yang dinyatakan di atas, MB Johor tersebut meletakkan jawatannya berkuatkuasa 8 April 2019?

Namun begitu, bagi saya tempoh hampir setahun belum cukup untuk menilai prestasi seseorang terutamanya yang memegang jawatan penting dalam negeri yang memerlukan kerjasama pelbagai pihak. 

Surat perletakan jawatan telah di hantar kepada PM Tun Mahathir Mohamad dan juga satu lagi untuk sultan Johor.

Kita tunggu pengumuman terbaru pula siapakah yang bakal menggantikan tempat YAB Dato' Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor ke 17.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close