Header Ads

Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Walau Di Mana Kamu Berada


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Walau Di Mana Kamu Berada
Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Walau Di Mana Kamu Berada. Inilah antara pesanan yang dititipkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua. Taqwa, yakin dan penggantungan penuh hanya kepada Allah. Keimanan yang utuh dan teguh. Dalam hati umat islam, pasti ada sedikit iman walau zahirnya mereka tak berakhlak seperti sepatutnya. Tetapi, sekali mengucap dua kalimah syahadah, maka mereka telah pun beriman kepada Allah. Cuma, tahap iman seseorang itu berbeza. Ada turun naiknya. Tapi, tetaplah bertaqwa kepada Allah walau dimanapun kamu berada.

Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Walau Di Mana Kamu Berada

Ibnu Mas'ud RA berkata dalam menjelaskan firman Allah, 

"Attaqullah haqqatuqaa tihi.. bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya.. ali Imran: 102"

Taqwa adalah mentaati tanpa bermaksiat, mengingat tanpa melalaikan dan bersyukur tanpa mengingkari.

Bertaqwalah Kamu Kepada Allah Walau Di Mana Kamu Berada


Renungan pagi ini.

3 Pesan (Nasihat) Rasulullah Shallahu 'Alaihi Wassalam :

“Bertakwalah kamu kepada Allah dimanapun kamu berada, dan ikutilah kesalahanmu dengan kebaikan nescaya ia dapat menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.” [HR. Tirmidzi].

1. BERTAQWA DIMANA SAJA


Definisi dari kata taqwa dapat dilihat dari percakapan antara sahabat Umar dan Ubay bin Ka’ab ra. Suatu ketika Umar bertanya kepada Ubay bin Ka’ab, apakah taqwa itu? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”

2. KEBAIKAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA [KESALAHAN]


Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam bersabda “Sedekah itu menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api”. Alhamdulillah.. semoga Allah sentiasa membukakan hati kita untuk terus bersedekah.. yang mampu menghapus salah dan dosa, dengan keikhalsan kita dalam memberi...

3. AKHLAK YANG TERPUJI


Akhlak terpuji harus dimiliki oleh seorang muslim. Salah satunya adalah akhlak terhadap orang lain, misalnya akhlak terhadap tetangga. “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka jangan menyakiti tetangganya.” (HR. Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah) Dari Abu Syuraih ra, bahawa Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Demi Allah seseorang tidak beriman, Demi Allah seseorang tidak beriman, Demi Allah seseorang tidak beriman.” Ada yang bertanya: “Siapa itu Ya Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu orang yang tetangganya tidak aman dari gangguannya.” 
(HR. Bukhari)

Wallahu'alam... 

Semoga setiap perkongsian dalam blog kecil ini mampu menjadi jambatan kami ke syurga Allah nanti. Memberikan kami ganjaran pahala yang sentiasa mengalir walau kami telah tiada dari atas muka bumi ini.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.