Header Ads

Bulan Ramadan Adalah Bulan Hadiah Allah Kepada kita


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Bulan Ramadan Adalah Bulan Hadiah Allah Kepada kita
Bulan Ramadan Adalah Bulan Hadiah Allah Kepada kita. Bulan penuh ampunan dan limpahan pahala. Setiap amal ibadat yang kita buat, Allah gandakan pahalanya. Tidur pun pahala, tapi janganlah sampai mendatangkan mudarat pada diri sendiri dan orang sekeliling. Mudarat yang macam mana? Iaitu tak solat fardhu sebab nak lebihkan tidur, malas bekerja sebab nak tidur sahaja. Itu konsep yang langaung tak betul. Maka, perbetulkan niat, insyaa Allah.. oahala berganda-ganda Allah akan beri.

❝Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah, memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk tidak beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى.❞
[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

Bulan Ramadan Adalah Bulan Hadiah Allah Kepada kita

Bulan Ramadan Adalah Bulan Hadiah Allah Kepada kita


Mari kita renungkan bersama...

❝Bulan Ramadhan merupakan hadiah kurniaan Allah kepada kita. Hadiah yang berharga dan sangat mahal. Bulan agung yang menuntut kita supaya bersedia untuk menghadapinya kerana ianya bulan kebaikan dan keberkatan.❞
[Syeikh Khaleel Ismael Elias]

❝Perbanyakkan niat-niat yang baik pada bulan Ramadhan.❞
[Habib Musa Kadzim Bin Jaafar Bin Muhammad Assaggaf حفظه الله تعالى]

Bulan ramadan adalah untuk kita. Kita buat, kita amalkan dan kita kongsikan kebaikan-kebaikan, semuanya Allah limpahkan ganjaran pahala. Allahuakbar!!

Tapi ingatlah, bulan ramadan Allah beri untuk kita menambah pahala dan amal ibadat. Hanya untuk kita. Kita buat kita dapat. Bukan untuk Allah. Tapi untuk Allah memberi peluang kita menambahkan pahala supaya dapat menghapus dosa masa lalu kita. Namun, kenalah ikhlas dan sabar. Tidak guna seseorang itu ­melakukan sembahyang tarawih 20 rakaat setiap malam jika tujuan utamanya adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa dia adalah seorang yang warak dan dikongsi di media sosial. Itu memang salah!!

Ikhlas dalan beribadat dalam bulan ramadan khasnya, akan menjadikan diri kita lebih baik dari semalam. Cukup hanya Allah dan kita tahu tentang amalan kita.

Bulan ramadan adalah bulan hadiah dari Allah. Terimalah dan imarahkannya dengan amalan dan memohon sebanyak anpunan dariNya. Ketahuilah, sepanjang bulan ramadan, pintu langit terbuka sepanjang 24 jam untuk menerima doa-doa kita diijabah. Setiap masa terlintas, mohonlah doa, doa khusus atau umum kerana bila ramadan berlalu pergi, entahkan bila kita ada kesempatan lagi.

Bagaimana jika ini ramadan terakhir kita??

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.