Header Ads

Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020
Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Sedap Tahun 2020. Kita nak perah idea sikit bagi kat korang yang dah nak start order kuih raya tahun ni. Agaknya kuih raya yang mana satu jadi idaman pada tahun 2020 ni? Atau ada kuih baru yang namanya kuih wawasan 2020? Hehe.. gurau je, kalau ada idea boleh je buat invention kuih raya. Mana tahu jadi popular dan viral. Oh ya, kebanyakan kuih raya dah boleh order sekarang dan akan tutup order pada pertengahan bulan puasa kan? Kat group whatsapp dan ramai yang ambil order.


Saya nak bagi idea kuih raya popular kepada anda semua, dah lah popular... legend pulak tu. Tambahan bonus bila kuih raya tu sedap dimakan. Hehe..

Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap


Apa agaknya kuih raya yang paling popular tetapi legend? Kuih yang masih ada pada zaman millenium ni daripada idea nenek moyang kita dulu-dulu? Cer teka??

Baiklah, saya bagi idea kepada anda yang nak buat kuih raya ya..

1. Kuih bangkit santan


Ya Allah, rindunya dengan kuih bangkit buatan bonda saya dulu-dulu, orang kata bangkit santan. Dah lembut rasanya, cair dimulut dan baunya waktu diangkat dari oven punyalah sedap. Panas-panas lagi masuk mulut. Hmm.. memang menggamit memori. Memang kuih legend betul ni..


Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

2. Kuih Baulu Cermai


Siapa yang tak ada kenangan mak dia buat baulu cermai memang penipu! Ini kategori kuih legend yang disukai ramai. Waktu nak pukul telur dalam pasu, kemudian tukar-tukar dengan kakak bila tangan dah lenguh. Lepas tu bakar guna arang 2 tingkat atas bawah atau ada yang guna sabut kelapa. Memang memori betul..


3. Kek marjerin/ butter "bodoh"


Tau tak kuih magerine "bodoh" ni? Kalau nak canggih sikit panggil je kek marble. Kek warna warni tetapi bahan utama dia telur dan majerin je. Maksudnya, nak buat kuih ni cukup dengan 3 @ 4 bahan je. Bakar malam raya. Sampai ke pagi bau wangi kek majerin ni menghantui lubang hidung. Hehe.. nak cuit sikit bonda tak bagi, kena potong betul-betul dan raya esoknya. Haha๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

4. Kuih Semprit/ Kuih Dahlia


Haha... 2 jenis kuih yang hampir sama je bahan-bahannya tetapi lain acuan atau bentuknya. Kalau kuih semprit kebanyakan bentuknya memanjang, nipis dan rangup. Mesti ada jalur pada acuannya tu..

Manakala kuih dahlia berbentuk bunga, macam bunga dahlia. Warna pun macam-macam ikut suka hati tuan rumah. Nak cantik lagi letak manik (gula) tengah-tengah dia.

Kuih semprit dan dahlia memang kuih lejen dari zaman bonda saya dan sampailah sekarang. Tapi saya tak pernah buat ya, tak kreatif. Kalau makan saya suka la..

Resepi - Kuih Biskut Semperit Klasik



5. Kuih rempeyek


Rempeyek kacang tanah. Bila sebut rempeyek memang semua tahu, mesti guna kacang tanah. Kuih raya yang legend juga. Cuma sekarang ramai dah orang modenkan dengan campuran ikan bilis, kacang kuda dan lain-lain. Style bonda saya dulu, rempeyek seret tepi kuali. Gaya bebas you alls..



6. Kuih tumpi


Kuih tumpi pun antara kuih raya legend dari zaman dulu lagi. Kalau rempeyek guna kacang tanah, tumpi pula guna kacang hijau. Alahai.. sedapnya. Kerangupannya masih terasa!! Bonda saya kalau buat kuih tumpi ni bertin-tin sebab anak-anak suka makan. Kalau nak balik semula ke rumah masing-masing, kita orang akan bungkus sorang satu. Tapi, sekarang ni bonda lebih suka buat tumpi kacang dhal sebab lebih lembut kacangnya.. mudah nak kunyah. Hmmm.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข - time flies kan..


7. Kerepek pisang/ kerepek ubi


Yang biasa dan legend seterusnya yang kita orang buat adalah kuih kerepek pisang. Pada masa dulu, kebanyakan orang buat kerepek pisang nipah. Sebab harganya lebih murah. Kalau buat dapat bertin-tin. Kiranya berbaloi lah untuk raya. Kalau kerepek pisang tanduk, agak mahal. Dulu-dulu kurang mampu. Tapi kalau nak kira sedap, kerepek pisang tanduk lagi sedap la..


Idea Kuih Raya Popular, Lejen Dan Pasti Sedap Tahun 2020

8. Halwa buah


Pernah ke makan halwa buah, biasanya buah betik yang orang buat. Pergi beraya ke mana pun satu kampung, semua rumah ada halwa ni. Halwa rasanya manis manakala jeruk rasanya masam. So, kalau nak rasai halwa betik, buah kabung, belinbing dan sebagainya, kena cari beb! Kuih raya ni memang legend. Yang pernah makan je tau rasanya manis masyaAllah, likat dan warna warni. Hehe..


9. Dodol


Dodol adalah lagi satu kuih raya legend atau lejen yang pasti semua orang kenal. Kalau dulu-dulu, bukan semua orang buat dodol ketika raya. Sebab kosnya yang mahal dan juga masa menggodek dodol juga lama. Makan berjam-jam beb! Tapi orang tua dulu-dulu, anggap makan dodol kat rumah orang umpama satu penghormatan, macam kehadiran kita begitu dihargai. Orang tua kata lah.. kalau ada hidangan dodol dalam hidangan kuih raya, kira dah sempurna lah raya tu..



10. Kuih bunga ros atau kuih goyang/ loyang


Ada yang kenal tak kuih lejen ni? Kalau buat kuih tu kena goyang satu badan ke? Ada yang tanya kang.. baik saya clarify dulu. Yang goyang cuma tangan dan acuan kuih goyang tu je ya kekawan. Yang lain maintain tak goyang. Haha.. antara kuih raya yang murah kosnya tetapi nak buat pun agak leceh juga. Tapi siapa yang suka, memang sedap lah kuih ni. Crispy gitu..

Begitulah kisah saya dengan idea kuih lejen, popular dan paling sedap, ikut air tangan masing-masing la ya. Sedap kan subjektif sifatnya. Kat tekak lain-lain rasanya. Tetapi kuih raya yang lejen di atas tetap kekal popular sehingga kini dan masih disukai oleh generasi sekarang. Betul tak??

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.