Header Ads

Jalan Dan Makan-Makan Di Aeon Taman U Sebelum Servis Kereta


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jalan Dan Makan-Makan Di Aeon Taman U Sebelum Servis Kereta
Jalan Dan Makan-Makan Di Aeon Taman U Sebelum Servis Kereta. Hari sebelum ramadan, bawa anak-anak makan dan jalan-jalan di Aeon Taman U. Kami sampai di Aeon U dalam pukul 11.45 pagi, kononnya nak breakfast dulu yang ringan-ringan tapi habis dekat RM43.00. Entah apa yang kami makan pun tak pasti... haha

Jalan Dan Makan-Makan Di Aeon Taman U Sebelum Servis Kereta

Dunkin Donat yang agak mahal jugak sekarang ni.. beli Ambi Pur untuk kereta kami, Black Knight...


Tapi yang paling saya ingat tentulah kesedapan Oden dengan kuahnya. Mungkin saya ambil banyak meatball dan segala ball tu.. itu yang mahal. Agaknya lah..

Jalan Dan Makan-Makan Di Aeon Taman U Sebelum Servis Kereta


Dalam pukul 12 lebih, round dalam Aeon lagi dan pegi survey telefon untuk si bujang. Dia tak mintak tukar tapi saya lihat handphonenya dah pecah sana sini, so belikan dia satu Huawei Honor 8x verharga RM849.00. 

Sebelum meninggalkan Aeon, sempat lagi anak-anak saya beli Dunkin Donat. Mahal jugak harganya sekarang ni, 4 ketul berharga dekat RM14.00.

Sekitar pukul 1.00 petang, kami bergerak ke Honda Service Centre. Appointment sekitar pukul 2.00 petang. Sampai agak awal. Masuk terus ke dalam dan kaunter pertanyaan lihat waktu appointment kami. Oleh kerana servis yang lain dah siap, waktu kami pun diawalkan juga. Alhamdulillah.. tak tunggu lama.

Sementara tunggu kereta "Black Knight" kami siap diservis, kami melepak di McDonald pula. Ini kiranya makan untuk lunch la, order Mc Chicken dan ayam.. habis RM67.00. Haha..

Jalan Dan Makan-Makan Di Aeon Taman U Sebelum Servis Kereta



Makan tak habis-habis..

Sekitar pukul 2.45 petang, kereta kami siap diservis. Semua okay.. cuma ada beberapa minyak yang ditukar. Jumlah caj dikenakan sebanyak RM509.90. 

Dah siap semua, balik rumah dan berehat selepas makan-makan, jalan-jalan dan habis berbelanja dekat RM2,000... haha,..

Itulah kisah santai kami sekeluarga sebelum ramadhan tiba. Sekadar berkongsi dan disimpan sebagai kenangan.. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.