Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Ketika Kita Bertanya Mengapa Semua Ini Berlaku, Allah Menjawab Dengan Indahnya


Ketika Kita Bertanya Mengapa Semua Ini Berlaku? Bila diuji kita mengeluh kerana tak tahu apa rahsia di sebalik segala kejadian yang berlaku. Bila ditimpa musibah kita pun merungut mengapa kita yang kena tanggung semua ini. Bila kurangnya ilmu, walau dalam aspek apa pun.. kita jadi tak keruan dan panik. Ketika itu.. iman pun turun naik, entahkan berdoa, berserah, atau terus melangkah dengan tenang.. diri sendiri yang menentukan.

Allah lebih tahu, kenapa ada orang yang kaya, tetapi kita tidak. Allah lebih tahu kenapa kita pandai tapi orang lain tidak. Kenapa kita dicampakkan jauh dari tempat asal kita dan di hantar merantau ke negeri orang. Pasti ada sebabnya.

Ketika Kita Bertanya Mengapa Semua Ini Berlaku? Allah Menjawab Dengan Indahnya


Ketika Kita Bertanya Mengapa Semua Ini Berlaku?

Kadang kita bertanya kenapa semua ini berlaku? Dan DIA berikan jawapan yang sangat indah..

"Kerana Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu."

Tentulah. Allah kan Maha Mengetahui.

Dalam keadaan tak menentu, berhenti sebentar. Tenangkan diri. Toleh ke belakang. Apa yang kita dah buat hinggakan sesuatu itu berlaku ke atas kita? Misalnya kita ada sakitkan hati orang. Kemudian, esoknya kita pula kena marah dengan boss. Marah teruk hingga kita hilang semangat. Apa rasa?? Tentulah sedih, kecewa dan rasa down. Kenapa itu berlaku pada kita? Haa.. itulah rasa bila kita marah kawan kita tadi. Pusingan hidup.

Sesuatu berlaku ada sebabnya, ada rahsianya. Kenapa ia berlaku kepada kita? Kerana Allah nak beri kita sesuatu. Allah beri bahagia, kita rasa gembira. Allah tumpangkan rasa sedih dalam hati, agar kita pun dapat rasa kesedihan dan kekecewaan orang lain.

Apa yang berlaku ada sebabnya. Allah tahu semuanya. Cukuplah kita bersedia, bertenang, muhasabah diri bila sesuatu yang baik atau buruk berlaku ke atas kita.

Diberi bahagia, bersyukur.
Diberi duka, bersabar.

Semoga kita menjadi hambanya yang sentiasa bersabar dan bersyukur di atas segala nikmat dan ujiannya.

Insyaa Allah.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments