Header Ads

Resepi Kek Masam Manis Kukus Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Resepi Kek Masam Manis Kukus Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah
Resepi Kek Masam Manis Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah. Siapa ada memori buat kek masam manis sesama adik beradik pada malam raya? Bila semua dah siap, langsir dah pasang, rumah dah disapu.. memalam nak tidur sibuk nak buat kek masam manis. Kalau ada, kita geng. Masa ni lah bila kek masak je, bau dia satu rumah tak boleh tidur. Yang dah tidur boleh pulak bangun semula. Haha..

Resepi Kek Masam Manis Kukus Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah

Resepi Kek Masam Manis Kukus Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah

Kek masam manis memang kek legend yang selalu ada dalam setiap rumah pada hari raya. Kuih masam manis buat sendiri lebih sedap dari yang beli. Betul tak?

Jom kita sama-sama buat kek masam manis ni dengan langkah demi langkah. Guna sukatan cawan je..

Resepi Kek Masam Manis Kukus Sukatan Cawan Langlah Demi Langkah


Resepi ni saya kongsikan dari website saji.my dan cara mengukus nampaknya lebih selamat daripada cara bakar. Tapi jika anda nak bakar, boleh je. Tapi kena pandai setting api oven tu ya..

Bahan-bahan:



10 biji telur gred A.
1/2 cawan gula halus
1/2 tin krimer manis
1 1/4 buttercup
1 packet haw flakes
2 1/2 cawan biskut lemak yang telah diblend. (Guna biskut lemak cap pingpong. Ada resepi yang menggunakan biskut mari. Tapi percayalah penggunaan biskut lemak akan buat rasa kek jadi luar biasa sedap dan mengeluarkan bau yang menyelerakan).
1 sudu kecil esen vanilla.
1 sudu kecil serbuk penaik. *Optional
Pewarna hijau dan kuning, jika suka.

Cara penyediaan;


1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul-betul kembang. Bila angkat mixer adunan tak menitik.

2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.

3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan kuning telur dan kacau kan sebati.

5. Sambil mixer ON, masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit hingga habis.

6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik dan mix hingga sebati.


7. Panaskan periuk kukus dahulu. Kemudian bahagi adunan kepada 2. Satu adunan masukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Bergantung pada taste masing-masing ingin warna kek terang mana. Sedia untuk dikukus.

8. Masukkan lapisan pertama ke dalam bekas kukusan. Lebih kurang 2 senduk dan susun haw flakes. Tutup periuk kukus dan tunggu hingga ± 10 minit.


9. Kemudian masukkan lapisan kedua dan susun haw flakes. Selang selikan warna.

10. Ulang step yang sama untuk lapisan-lapisan seterusnya hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus 15-20 min. Siap.


Nota penting:

Sekiranya anda memilih untuk memasak dengan kaedah ini, sentiasa didihkan air di dalam kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus.

Untuk mengukus kek buah, anda harus mengambil masa berjam-jam. Bagi mengelakkan anda terlalai sehingga air kukusan kering, bubuh batu kerikil atau guli di dalamnya. Apabila air surut, batu itu akan menari dan berlaga dengan bunyi keretup keretap, mengingatkan anda agar air mesti segera ditambah.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.